Latihan Koleksi Kuiz Uji Minda Sains Tahun 4

Koleksi Kuiz Uji Minda Sains Tahun 4

1387

koleksi kuiz uji minda sains tahun 4

Koleksi Kuiz Uji Minda Sains Tahun 4 ini mempunyai kuiz yang dapat menguji minda murid mengenai topik-topik dalam mata pelajaran Sains bagi silibus Tahun 4.

Mata pelajaran Sains adalah salah satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai fakta dan teori. Mata pelajaran ini akan menjadi sukar bagi murid yang tidak gemar membaca dan menghafal fakta. Terdapat pelbagai kaedah untuk membantu murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah, antaranya ialah menggalakkan mereka untuk melakukan latihan-latihan selepas memahami sesuatu topik atau subtopik.

Latihan yang dilakukan ini adalah bagi memastikan murid memahami topik atau subtopik yang telah dipelajari serta membantu meningkatkan tahap ingatan mereka berkenaan dengan fakta-fakta yang terdapat di dalam topik tersebut.

Lima Kaedah Kuasai Subjek Sains

  1. Lakukan ulang kaji dengan kerap. Ulang kaji bukanlah hanya perlu dilakukan ketika musim peperiksaan telah hampir sahaja, ianya perlulah dilakukan setiap kali murid selesai mempelajaris sesuatu topik atau subtopik. Ulang kaji pada awal waktu dapat mengelakkan daripada rasa beban murid bagi mengulang kaji jumlah topik yang banyak.
  2. Lakukan pelbagai jenis bentuk soalan. Soalan objektif, subjektif, aras tinggi serta aras rendah merupakan antara bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Murid dikehendaki untuk melakukan pelbagai jenis soalan agar mereka akan terbiasa dengan jenis-jenis soalan yang terdapat di dalam kertas peperiksaan.
  3. Berikan tumpuan kepada isi penting. Setelah melakukan ulang kaji, elakkan daripada mengingati huraian yang tidak penting seperti huraian yang menerangkan contoh kepada sesuatu topik.

Berikut merupakan senarai pautan kepada kuiz uji minda Sains Tahun 4. Ibu bapa turut boleh menggunakan bahan perkongsian ini kepada anak-anak sebagai salah satu latihan insentif untuk membantu meningkatkan tahap kefahaman mereka.

Senarai Pautan Kuiz Uji Minda :

  1. Kuiz – Proses Hidup Haiwan
  2. Proses Hidup Manusia
  3. Proses Hidup Tumbuhan
  4. Kuiz – Topik Pengukuran
  5. Kuiz – Topik Sifat Bahan 
  6. Sains Tahun 4 – Pengaratan
  7. Sains Tahun 4 – Sistem Suria
  8. Kuiz – Topik Teknologi

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Kuiz Uji Minda Sains Tahun 4 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan lebih banyak lagi bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.