Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Informasi SKPMg2 Evidens Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum
  • Informasi
  • Login

SKPMg2 Evidens Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum

March 11, 2021
4716

Evidens Standard 3.2 SKPMg2

SKPMg2 Evidens Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum mempunyai 7 aspek yang penting seperti ketetapan pelaksanaan Kokurikulum, Pengurusan Kelab dan Persatuan, Pengurusan Badan Beruniform, Pengurusan Sukan dan Permainan, Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum, Pengurusan Sukan untuk Semua dan Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum.

Setiap aspek yang disenaraikan mempunyai ciri-ciri yang harus dicapai oleh para guru dalam mencapai standard 3.2  Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2) ini. Secara tidak langsung, dengan adanya standard-standard ini ianya dapat memberikan motivasi kepada pihak sekolah dalam menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah berprestasi tinggi.

Standard Kualiti dan Tindakan untuk Mencapainya

Standard kualiti yang pertama yang perlu dicapai ialah ketetapan pelaksanaan kokurikulum dilakukan secara sistematik dengan melakukan ketetapan yang berkaitan pelaksanaan kokurikulum dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan dan membuat tindakan seterusnya.  Antara evidens yang boleh diberikan sebagai contoh adalah dokumen ketetapan kokurikulum dan carta organisasi kokurikulum. Bagi dokumen ketetapan kokurikulum, pihak sekolah boleh menyediakan fail yang menyatukan pelbagai pelan strategik 3 tahun bagi semua aktiviti sukan, badan beruniform dan kelab persatuan.

Bagi standard seterusnya yang melibatkan kelab persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan adalah pengurusan dalam ketiga-tiga kategori ini perlulah dilakukan secara sistematik dan terancang. Bagi mencapai standard dalam aspek ini, pihak sekolah perlulah menyediakan rancangan dan melakukan aktiviti latihan dan program yang berasaskan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam ketetapan pelaksanaann kokurikulum. Antara evidens yang boleh disediakan adalah seperti Buku Panduan Pengurusan atau aktiviti, Pelan strategik, Taktikal dan Operasi, Jadual perjumpaan sepanjang tahun dan sebagainya yang berkaitan dengan pengurusan kelab persatuan atau sukan permainan atau badan beruniform.

Dapatkan “Evidens Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum” di sini


Di sini disenaraikan evidens-evidens bagi setiap aspek di dalam standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum:

  • Evidens Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
  • Contoh Evidens Aspek 3.2.2-3.2.4 Pengurusan Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform, Sukan dan Permainan
  • Evidens Aspek Pengurusan untuk Semua 
  • Contoh Evidens bagi Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum yang terancang turut menjadi aspek utama dalam pencapaian standard ini. Pihak sekolah perlu menyediakan laporan berkenaan dengan program-program kecemerlangan berkenaan dengan kokurikulum seperti laporan majlis penyampaian anugerah kokurikulum dan sebagainya. Evidens seperti ini adalah bagi menunjukkan bahawa pihak sekolah telah merancang, melaksanakan latihan dan program kecemerlangan kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.

Aktiviti Sukan untuk semua seperti aktiviti pelancaran 1 Murid 1 Sukan turut dinilai bagi mencapai standard 3.2 ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah berkaitan dengan aspek ini adalah seperti kejohanan merentas desa, kejohanan tahunan olahraga sekolah dan juga pertandingan sukan mahupun permainan.

Aspek standard yang terakhir bagi pihak sekolah capai ialah pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang seperti analisis yang dilakukan dalam sistem PAJSK yang boleh dicetak pencapaian dan rekod markah murid dalam ujian Segak, aktiviti ekstra kokurikulum dan markah murid bagi setiap GERKO.

Penerangan berkenaan dengan aspek-aspek standard berkaitan adalah untuk membantu pihak sekolah dan guru dalam menyediakan dokumen-dokumen yang dapat membantu membuktikan bahawa pihak sekolah telah melaksanakan program-program yang dapat membantu kecemerlangan aspek kokurikulum disamping menaiktaraf tahap pencapaian kurikulum sekolah.

Di dalam perkongsian sebelum ini, kami ada memberikan contoh-contoh dan penerangan berkenaan dengan evidens SKPMg2 Standard 3.1 yang berfokuskan ke arah Pengurusan Kurikulum.

Layari Laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan bantu pengajaran dan juga informasi terkini.

Previous articlePelan Strategik Badan Beruniform Sekolah
Next articleEvidens SKPMg2 Pengurusan Hal Ehwal Murid Standard 3.3
Cikgu Min

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

Soalan Sumatif Subjek Pendidikan Islam Tahun 2

Soalan Sumatif Subjek Pendidikan Islam Tahun 2 2025

Soalan Pendidikan Islam Tahun 1 Ujian Sumatif 1 2025

Bantuan Pendidikan Digital 2025

Permohonan Bantuan Pendidikan Digital 2025 Beri Laptop & Baucar Buku Percuma kepada Warga Sarawak : Senarai Syarat, Cara Mohon dan Tarikh Tutup

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO