Informasi Evidens SKPMg2 Pengurusan Hal Ehwal Murid Standard 3.3

Evidens SKPMg2 Pengurusan Hal Ehwal Murid Standard 3.3

4330

Evidens SKPMg2 Standard 3.3

Evidens Pengurusan Hal Ehwal Murid Standard 3.3. Hal Ehwal Murid merupakan salah satu jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, pengurusan etika dan disiplin serta menjadi tanggungjawab jabatan ini dalam pembentukan etika pelajar/murid di luar kuliah akademik.

Terdapat enam aspek dalam standard Pengurusan Hal Ehwal Murid ini yang terdiri daripada ketetapan pelaksanaan hal ehwal murid, pengurusan disiplin murid, pengurusan keselamatan murid, pengurusan kesihatan murid, pengurusan bantuan pelajaran murid dan juga pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Perincian Aspek dan Kriteria Kritikal Standard 3.3

Aspek yang pertama dalam standard ini adalah ketetapan pelaksanaan hal ehwal murid dimana ketetapan ini dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan hal ehwal murid. Kriteria yang kedua ialah disiplin murid yang diurus bagi pembangunan sahsiah murid adalah aspek kedua iaitu aspek pengurusan disiplin murid.

Seterusnya, aspek 3.3.3 adalah pengurusan keselamatan murid dimana keselamatan murid perlulah diurus bagi memastikan murid berada dalam keadaan selamat dan memupuk amalan mementingkan keselamatan dalam kalangan murid.

Aspek pengurusan kesihatan murid yang boleh dilakukan adalah seperti pengurusan program dan perkhidmatan kesihatan murid yang diuruskan untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam menanamkan aspek hidup sihat kepada murid-murid.

Aspek kelima ialah pengurusan bantuan pelajar murid yang diurus untuk membantu memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosi murid yang terjejas. Bantuan pelajar tidak hanya berfokuskan kepada fizikal tetapi ianya juga berupa bantuan mental dan emosi melalui program motivasi atau program kaunseling.

Aspek keenam merupakan aspek yang terakhir iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dilakukan bagi pembangunan sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya murid.

Bagi mendokong evidens dalam mencapai standard 3.3, dokumen yang boleh disediakan adalah dokumen ketetapan hal ehwal murid dan carta organisasi Hal Ehwal Murid (HEM). Dokumen ketetapan Hal Ehwal Murid ini telah merangkumi semua bidang kerja yang melibatkan Hal Ehwal Murid ataupun buku pengurusan Hal Ehwal Murid dalam setiap sekolah. Dokumen ini adalah bagi menunjukkan semua perancangan berkaitan hal ehwal murid dilakukan dan bagi membuktikan jabatan hal ehwal murid memainkan peranan mereka dengan sempurna.

Laporan Mingguan Perhimpunan Tahunan semasa, Rekod Disiplin Murid, Perancangan Program Pembangunan Sahsiah Murid, Laporan Rumusan Rekod Disiplin Murid, Laporan Program Pembangunan Sahsiah Murid adalah antara contoh yang boleh dijadikan sebagai evidens dalam mengisi standard aspek pengurusan disiplin murid. Kem kepimpinan yang lazimnya dilakukan oleh pihak sekolah untuk para pengawas adalah antara inisiatif bagus dalam menguruskan disiplin murid serta membantu guru dalam mengawal disiplin sekolah.

Aspek yang seterusnya ialah Pengurusan Keselamatan Murid yang mana memerlukan evidens berkaitan pelaksanaan program-program keselamatan atau program kesedaran tentang keselamatan yang dijalankan di sekolah.

Aspek 3.3.4 adalah pengurusan kesihatan murid. Antara evidens yang diperlukan adalah seperti Buku Panduan Pengurusan Kesihatan Murid, Rekod Kesihatan Murid, dan sebagainya. Inisiatif dalam mewujudkan papan sudut info kesihatan adalah antara langkah yang perlu ditunjukkan dalam standard ini kerana sudut tersebut sedikit sebanyak akan dapat meningkakan kesedaran para pelajar tentang pengurusan kesihatan.

Senarai nama murid yang layak menerima e-bantuan, panduan dalam memohon bantuan murid adalah antara evidens yang boleh digunapakai untuk aspek standard 3.3.4 yang menekankan perihal pengurusan bantuan murid.

Dapatkan “Evidens Pengurusan Hal Ehwal Murid Standard 3.3” di sini

Berikut merupakan contoh-contoh evidens yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk memenuhi standard 3.3:

  • Evidens 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
  • Contoh Evidens Aspek 3.3.2
  • Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid
  • Contoh Evidens 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid 

Aspek yang terakhir adalah berkenaan dengan pengurusan perkhidmatan kaunseling yang bertujuan untuk menilai dan menguruskan perkara kaunseling dan bimbingan dijalankan oleh pihak sekolah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang evidens Standard 3.1 dan Standard 3.2 SKPMg2 yang menerangkan lebih lanjut tentang keperluan capaian aspek serta standard ini.

Untuk mendapatkan informasi terkini, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.