Buku Panduan & Pengurusan Panduan dan Pengoperasian PAJSK

Panduan dan Pengoperasian PAJSK

567

PANDUAN PAJSK

Panduan dan Pengoperasian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Seperti kita sedia maklum, pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) telah bermula sejak tahun 2017 lagi dan ia terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Info Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ini dilaksanakan adalah sebagai sumber panduan kepada guru-guru untuk menilai pencapaian seorang murid dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pelbagai aspek akan dinilai antaranya ialah fizikal dan kesihatan murid. Penglibatan dan penyertaan serta pencapaian murid dalam aktiviti sukan juga akan diukur.

Kita sedia maklum bahawa kokurikulum merupakan kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Oleh itu, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ini menghendaki murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik tidak kira di dalam ataupun di luar kelas mengikut keupayaan murid itu.

Bagi memenuhi sistem pendidikan negara ke arah lebih holistik dan bersepadu, PAJSK dibangunkan selaras dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Pada dasar Satu Murid Satu Sukan, setiap murid diwajibkan untuk melibatkan diri secara aktif sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di peringkat sekolah.

Sebelum ini kami ada kongsikan artikel berkaitan Komponen PAJSK dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat tiga (3) komponen asas iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) , Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum.

Dapatkan “Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ” di sini

Di sini kami ingin kongsikan Panduan Pelaksanaan PAJSK dan PAJSK Online. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PPT’

Download : 

  • Panduan Pelaksanaan PAJSK
  • PAJSK Online

GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Sebelum melakukan penilaian kokurikulum di sekolah, persediaan yang rapi dan lengkap perlu dititikberatkan. Pihak pengurusan sekolah terutamanya perlu menyediakan pengurusan kemudahan seperti berikut:-

  • Membuat perancangan yang teliti dan tepat mudah difahami oleh guru
  • Menyediakan ruangan khas penyimpanan untuk Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
  • Menyedarkan Buku Panduan Penilaian Kokurikulum kepada guru terlibat
  • Membentangkan rancangan mingguan & tahunan kokurikulum
  • Buku panduan pelaksanaan aktiviti dan program yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Semua murid diwajibkan mempunyai buku rekod penilaian kokurikulum masing-masing
  • Murid mestilah meletakkan gambar pada buku rekod penilaian kokurikulum.
  • Pihak pengurusan dan guru perlu memberi kerjasama dalam penyerahan data pencapaian murid kepada Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk direkodkan
  • Taklimat bersama melibatkan Setiausaha Peperiksaan, Guru Penasihat dan Guru Kelas
  • Mewujudkan JawatanKuasa Penilaian peringkat sekolah
  • Guru Kelas atau guru pembimbing mesti memastikan semua murid menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab atau Persatuan dan Sukan
  • Pihak pentadbiran perlu melantik guru yang berkemahiran dan berpengalaman sebagai Guru Pemimpin atau Penasihat
  • Pihak sekolah perlu menyediakan segala prasarana yang lengkap begitu juga dengan sumber kewangan yang mencukupi
  • Wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan segala program kokurikulum berjalan lancar.

Perkongsian

Diharapkan dengan perkongsian kami berkenaan Panduan dan Pengoperasian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ini dapat digunakan sebaiknya oleh guru pembimbing dan penasihat dalam menilai tahap kecergasan murid demi melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Dengan harapan guru-guru semua dapat memberi komitmen dalam melaksanakan tugas yang diberikan.