Buku Panduan & Pengurusan Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

8898

Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu ini membantu persatuan Bahasa Melayu untuk mengadakan aktiviti sepanjang tahun di sekolah masing-masing.

Bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga Bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal Bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan di beberapa buah negara seperti Indonesia, Brunei dan Malaysia sendiri. Bahasa Melayu ini juga digunakan di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.  Pada masa kini, Indonesia telah menukar nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Indonesia. Kerajaan Malaysia juga berhasrat untuk menukarkan nama Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Namun, perkara ini bertentangan dengan perlembagaan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mengikut statistik yang ada, Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia. Dianggarkan bahawa lebih 300 juta orang boleh berbahasa melayu di seluruh pelusuk dunia.

Sejarah Bahasa Melayu

Sejarah Kuno Asia Tenggara merupakan satu bidang yang belum dikaji dengan begitu mendalam lagi. Disebabkan itu, asal usul orang melayu masih kabur dan belum dikenal pasti. Diantara tahun 644 dan 655 masihi, penggunaan isitilah ‘Melayu’ digunakan buat pertama kali di dalam tulisan Cina.

Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro.

Bahasa Melayu Berasal Dari Kepulauan Melayu

J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (Bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (Bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini berdasarkan bukti bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad ke-19.

Dapatkan Cadangan Aktiviti Untuk Persatuan Bahasa Melayu di sini


Di sini admin nak kongsikan cadangan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

 

Kami juga pernah berkongsi, kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan 5.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan Bahasa Arab dan Islam. Manakala Bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutamanya Inggeris.

Bahasa Melayu Tinggi Dan Bahasa Melayu Baku

Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa Melayu baku pula ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu

Diharapkan dengan perkongsian Cadangan Aktiviti Tahunan Persatuan Bahasa Melayu ini, dapat memartabatkan penggunaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar di sekolah.