Modul Kompilasi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum

Kompilasi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum

987

 

Kompilasi Modul Latihan Sukan Kokurikulum

Kompilasi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum ini disediakan bagi memudahkan guru-guru yang mengajar sukan kokurikulum untuk mengakses modul latihan mengikut jenis-jenis sukan dan permainan.

Kokurikulum didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Matlamat Kokurikulum

  1. Garis panduan dan penentu sempadan ilmu
  2. Penyampaian maklumat mengikut peringkat
  3. Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa
  4. Membina modal insan abad ke-21
  5. Melahirkan insan seimbang (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI))
  6. Kurikulum yang sama iaitu ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu
  7. Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air

Konsep dalam pelaksanaan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Tujuan utama aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bagi memberikan pengalaman tertentu yang tidak dapat dimiliki dalam bilik darjah maka dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini, ianya dapat memberikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Asas Utama Pembentukkan Kokurikulum

  1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).
  2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.
  3. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
  4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara.
  5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

Definisi Kokurikulum Dalam Program Pendidikan

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Merujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97, “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan”

Huraian di atas membawa maksud kepada pelaksanaan kokurikulum adalah WAJIB dilaksanakan di sekolah dan institut pendidikan guru (Akta Pendidikan 1996). Sebarang kegagalan dan keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. (Akta Pendidikan, 1996).

Senarai Modul Latihan Sukan

  1. Modul Latihan Sukan Sepak Takraw
  2. Modul Latihan Ping Pong untuk Guru
  3. Olahraga (Modul Latihan)
  4. Sukan Hoki (Modul Latihan untuk Guru)
  5. Modul Sukan Bola Tampar
  6. Modul Latihan Bola Keranjang untuk Guru
  7. Modul Sukan Bola Sepak 2021 untuk Guru
  8. Sukan Bola Baling (Modul Latihan 2021)
  9. Modul Bola Jaring Terbaru
  10. Sukan Badminton (Modul Latihan)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahua, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan negara.

Maklumat lebih terperinci di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menerangkan lebih lanjut tentang dasar-dasar di dalam pelaksanaan Kokurikulum di negara kita.

Untuk mendapatkan informasi terkini, layari laman web rasmi Sistem Guru Online.