Buku Panduan & Pengurusan Penutup Fail Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Penutup Fail Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

4518

Penutup Fail Program (TS25)

Penutup Fail Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Perkongsian ini adalah untuk kegunaan sesetengah sekolah yang terpilih sahaja. Penutup fail ini diperoleh daripada guru yang bersekolah di negeri Selangor yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Setiap pengurusan sekolah mempunyai perbezaan dari segi bilangan fail yang digunakan. Terpulang kepada anda sekiranya ingin membuat penambahbaikan atau mengubah penutup fail dalam perkongsian ini mengikut keperluan masing-masing. Anda haruslah mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Sebelum ini kami ada kongsikan artikel berkaitan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Tidak semua sekolah di Malaysia melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini.

Program ini bermula sejak tahun 2015 dimana ketika itu, hanya 99 buah sekolah sahaja dipilih. Bagi tahun 2017 dan 2018 pula, sebanyak 100 buah sekolah dan 401 buah sekolah yang terlibat di dalam program ini. Pada tahun 2019, sebanyak 500 buah sekolah yang dipilih untuk terlibat di dalam pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Dapatkan “Penutup Fail Program TS25” di sini

Di sini kami ingin kongsikan cover fail bagi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) untuk kegunaan sekolah-sekolah yang terpilih. Anda boleh download dengan hanya klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PPT’

Download : 

  • Cover fail bagi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Peranan Rakan Elit dalam Program TS25

  1. Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
    • Merangka dan menentukan kaedah atau strategi untuk membimbing sekolah-sekolah yang terlibat
    • Menyiapkan modul atau buku latihan
    • Membina peralatan atau instrumen bagi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
    • Membimbing pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan Program Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS)
    • Bertanggungjawab melaporkan segala maklumat berkaitan program kepada Jawatankuasa TS25 di Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Sentiasa mengadakan perbincangan bersama Rakan Pendidikan ELIT yang lain berkenaan dengan program
  2. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
    • Merupakan penyelaras di peringkat negeri bagi Transformasi Sekolah 2025 (TS25) untuk negeri masing-masing
    • Memberikan dorongan dan panduan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
    • Mengawal dan menentukan pertukaran Pengetua dan Guru Besar (PGB) bagi sekolah yang terlibat mengikuti Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) selama 3 tahun dengan mendapat persetujuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
    • Memberikan latihan dan bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) utau Penolong Kanan baharu bagi sekolah yang terlibat
    • Membina dan menggerakkan rangkaian Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
    • Merancang, menyelaras dan menguruskan kajian tindakan pembangunan dan laporan prestasi bagi Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
    • Memantau segala pelaksanaan aktiviti dan program di sekolah yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dari masa ke masa
    • Melaporkan segala perkara berhubung program seperti kemajuan Transformasi Sekolah kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuarat
  3. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) 
    • Menyalurkan bimbingan dan bantuan kepada sekolah yang terlibat dari segi kewangan, kurikulum dan lain-lain
    • Menolong pelan pembangunan guru bersama-sama Pengetua dan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Rakan ELIT yang lain
    • Mencatat dan membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan program
    • Memerhati dan menilai kemajuan dan pencapaian sekolah, laporan kewangan dan pentadbiran sekolah
    • Memantau tahap keberkesanan program dan strategi penambahbaikan dari masa ke masa

Akhir kata, dengan perkongsian Penutup Fail Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini dapat membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah yang terlibat dalam program ini.  Dengan harapan semoga sekolah-sekolah yang melaksanakan program ini dapat mencapai matlamat program iaitu mengukuhkan tahap kepimpinan sekolah dan meningkatkan potensi guru dan murid ke tahap maksimum dengan cara penambahbaikan kualiti dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).