Dengan mengambil kira kesusahan dan keluhan pelajar yang mengalami masalah untuk lulus dalam peperiksaan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengubah gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Format baru ini telah mula digunapakai pada tahun 2020.
Sekiranya anda masih belum melihat gred pemarkahan baru, di sini admin sertakan imej gred pemarkahan baru untuk memudahkan anda memahami dan membuat target sebelum peperiksaan sebenar dijalankan.
Berdasarkan format baharu ini, admin berpendapat bahawa pelajar akan lebih mudah untuk skor setiap kertas soalan dan subjek. Ini kerana, format baharu ini adalah lebih relevan dan bersesuaian dengan kadar pencapaian dan soalan peperiksaan terkini.
Pelajar juga akan mendapat peluang lebih tinggi dan cerah untuk lulus subjek yang sebelum ini agak sukar untuk dicapai. Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk pelajar mengambil mudah dalam membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaa.
Pastikan anda membuat persiapan dengan baik dari segi mental dan juga fizikal bagi memastikan anda bukan sahaja dapat menghadirkan diri dalam keadaan yang bersemangat tetapi juga mampu memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Di sini admin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
KEDAH-ADD-MATH