Soalan Peperiksaan SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH NEGERI SBP

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH NEGERI SBP

178

Adakah anda berpendapat subjek Add Math adalah satu subjek yang sangat susah untuk difahami dan lulus dalam ujian? Anda tidak keseorangan. Admin pun beranggapan perkara yang sama. Jika anda agak lemah dalam subjek kira-kira, pastinya subjek add math akan menjadi satu mimpi ngeri buat anda.

Tetapi, hakikat yang sebenar adalah berbeza. Subjek add math ini sebenarnya agak mudah dan sangat menyeronokkan jika anda dapat memahami konsep dan menguasai formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Jom admin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk target lulus dan skor dengan cemerlang dalam subjek add math.

Tips 6 :

Soalan kira-kira dan formula adalah dua perkara yang sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda ingin memperoleh keputusan yang baik dalam mata pelajaran ini, anda wajib menjadi seorang pelajar yang mesra dengan formula.

Anda tidak perlu terlalu bimbang jika tidak dapat mengingati formula penting untuk menjawab soalan kerana formula akan diberikan pada bahagian hadapan setiap kertas soalan. Yang menjadikan keadaan rumit adalah bila anda tidak memahami dengan baik setiap formula dan tidak mengenalpasti dengan bagus setiap symbol. Jika anda gagal memahami dan mengenalpasti formula dan symbol, formula yang diletakkan di bahagian hadapan kertas hanya akan menjadi perhiasan.

Ada soalan yang meminta anda untuk tidak menggunakan kalkulator saintifik. Ini beerti, anda perlu membuat jalan kira untuk menyelesaikan masalah, dan itu memerlukan anda untuk menggunakan formula yang diberikan. Pastikan anda memahami kehendak soalan dan memilih formula yang betul.

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

SBP-ADD-MATH