Adakah anda berpendapat subjek Add Math adalah satu subjek yang sangat susah untuk difahami dan lulus dalam ujian? Anda tidak keseorangan. Admin pun beranggapan perkara yang sama. Jika anda agak lemah dalam subjek kira-kira, pastinya subjek add math akan menjadi satu mimpi ngeri buat anda.
Tetapi, hakikat yang sebenar adalah berbeza. Subjek add math ini sebenarnya agak mudah dan sangat menyeronokkan jika anda dapat memahami konsep dan menguasai formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Jom admin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk target lulus dan skor dengan cemerlang dalam subjek add math.
Tips 1 :
Latih tubi, latihan, ulang kaji adalah aktiviti yang sangat digalakkan untuk semua pelajar. Ia tidak terhad kepada pelajar yang hanya akan menduduki peperiksaan penting sahaja. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti ini sebagai satu aktviti wajib dalam pembelajaran anda walaupun anda tidak mempunyai peperiksaan besar, anda adalah calon pelajar cemerlang!
Cari dan kumpul soalan-soalan latihan sama ada dari buku teks, buku rujukan dan terutama sekali soalan dari percubaan peperiksaan atau peperiksaan sebenar tahun lepas dan dua tahun sebelumnya. Teknik ini sangat bagus kerana anda bukan sahaja mempunyai banyak sumber untuk digunakan tetapi juga akan membantu anda membuat persiapan dengan baik sebelum peperiksaan.
Jawab semua soalan yang dikumpul, bahagikan mengikut jadual bersesuaian. Jika anda mempunyai masa yang suntuk, atau malas, sekurang-kurangnya pastikan anda membuat latihan dengan menjawab soalan-soalan yang anda target untuk skor dan membantu anda untuk lulus.
Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
SELANGOR-ADD-MATH