Soalan Peperiksaan SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH NEGERI PAHANG

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH NEGERI PAHANG

27

Adakah anda berpendapat subjek Add Math adalah satu subjek yang sangat susah untuk difahami dan lulus dalam ujian? Anda tidak keseorangan. Admin pun beranggapan perkara yang sama. Jika anda agak lemah dalam subjek kira-kira, pastinya subjek add math akan menjadi satu mimpi ngeri buat anda.

Tetapi, hakikat yang sebenar adalah berbeza. Subjek add math ini sebenarnya agak mudah dan sangat menyeronokkan jika anda dapat memahami konsep dan menguasai formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Jom admin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk target lulus dan skor dengan cemerlang dalam subjek add math.

Tips 2 :

Jangan hanya sekadar menjawab soalan. Setiap soalan bukan sahaja memerlukan jawapan tetapi juga memerlukan pemahaman dan analisis yang mendalam. Bila anda memahami corak soalan dengan membuat analisis, anda tidak akan mudah terpesong dan panic bila berdepan dengan soalan dalam peperiksaan sebenar kerana anda telah pun memahami konsep sebenar soalan tersebut.

Gunakan kertas soalan percubaan dan kertas peperiksaan sebenar yang terdahulu untuk membuat analisis soalan. Bagaimanakah analisis yang dimaksudkan? Berikut adalah contoh analisis yang anda boleh gunakan :

  1. Kenalpasti topik dalam setiap soalan.
  2. Bezakan setiap topik dari kertas 1 dan kertas 2.
  3. Senaraikan topik yang terdapat dalam setiap kertas soalan dan asingkan dari kertas 1 dan kertas 2.
  4. Kenalpasti topik yang berulang dari soalan peperiksaan percubaan mahupun yang sebenar sekurang-kurangnya 2tahun sebelum.

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

PAHANG-ADD-MATH