Soalan Peperiksaan SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH SMKA/SABK

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : ADDMATH SMKA/SABK

235

Walau apa pun mata pelajaran yang anda rasa susah dan sukar untuk skor, hakikat sebenar disebaliknya adalah berbeza jika anda berusaha lebih keras untuk benar-benar memahami konsep topik dan soalan yang terkandung dalam mata pelajaran berkenaan.

Bagi soalan yang melibatkan formula, usaha dengan lebih keras untuk cuba memahami setiap formula dan keguanaanya dalam setiap topik dan soalan. Bila anda memahami konsep sebenar formula, anda pasti akan memandang setiap soalan dari sudut yang berbeza dari sebelum ini.

Latihan adalah teras kejayaan. Oleh itu, buatlah latihan sebanyak yang boleh. Buat latihan dengan berjadual dan sistematik supaya anda tahu apa yang anda pelajari, anda tahu apa yang perlu diberikan perhatian dan anda tahu apa yang anda lakukan.

Sekurang-kurangnya cuba jawab 5-10 soalan setiap hari dari topik yang sukar faham sehingga ke topik yang paling senang untuk anda skor.

Fahami skema jawapan bukan untuk kita salin semula jawapan tetapi untuk kita cuba fahami teknik jawapan yang dikehendaki oleh soalan.

Akhir kata, cuba jawab sebanyak yang boleh koleksi soalan peperiksaan dari setiap negeri dan kenalpasti di mana persamaan dan perbezaan dalam soalan tersebut supaya anda dapat memahami corak soalan.

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

SMKA-SABK-ADD-MATH