Latihan Soalan Tutor Utusan 2018 UPSR

Soalan Tutor Utusan 2018 UPSR

10375

Soalan Tutor Utusan 2018 UPSR ini disediakan khususnya kepada calon yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon UPSR dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan besar ini nanti.

Pengenalan

Tutor.com.my merupakan antara laman web pendidikan pertama di negara ini dalam industri pembelajaran atas talian. Pernah muncul lima terbaik anugerah laman web pendidikan Shell , diperakui yang terbaik oleh agensi dan organisasi pendidikan dan pernah dicadangkan oleh MIMOS mewakili Malaysia ke UNESCO pada sekitar 2003 sebagai laman komuniti pendidikan yang paling meluas penggunaannya.

Laman ini dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rujukan anak-anak ekspatriat di luar negara yang mahu menduduki mana-mana peperiksaan kebangsaan di negara ini.

Kandungan tutor.com.my yang menepati kehendak sukatan pelajaran serta reka bentuik instruksi yang mudah diikuti, kontemporari serta menekankan elemen kuantitaif dan kualitatif – menjadikannya antara yang releven dan mempunyai akauntabiliti yang cukup tinggi.

Ia terus berkembang – membimbing, mengukuh dan memperkaya pencapaian calon peperiksaan – berdasarkan reka bentuk instruksi yang sesuai diterima pakai oleh semua golongan calon.

Sejajar kematangannya dalam bidang pembelajaran atas talian, tutor.com,.my telah mempermudahkan aspek teknologi supaya memenuhi keperluan insaniah, cakupan teknologi yang lebih digemari seperti telefon pintar, kemudahan akses dan menekankan aspek mutu kandungan brbanding kecanggihan teknologi.

Konsep utama tutor ialah latih tubi – melakukan latihan berulang secara istiqamah bagi menokok kemahiran, memperkuat daya ingatan dan menghurai ketidakfahaman sesuatu topik.

Tak percaya akan kelebihan Tutor ni, jom baca artikel di bawah yang dipetik dari akhbar Utusan bertajuk Tutor perkukuh pemahaman pelajar.

Tutor perkukuh pemahaman pelajar

Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor terus menjadi pilihan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dengan soalan latih tubi dan nota ringkas mengikut topik mata pelajaran.

Guru Besar SK Sungai Kechil, Shuhaimi Abdul Hamid berkata, pihaknya yakin dengan isi kan­dungan Tutor yang padat dengan panduan dan nota subjek-subjek untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Tutor juga menyediakan soalan latih tubi serta nota-nota yang lengkap yang mampu menjadi alat bantu mengajar di dalam kelas di samping mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Pada masa sama, akhbar ini juga berperanan sebagai alat bantu belajar di luar kelas yang boleh digunakan untuk melakukan ulang kaji di luar waktu persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan cek tajaan 3,894 naskhah Tutor bernilai RM2,100 di sekolahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Foad Mat Isa kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nur Farranisa Mahizan.

Dalam majlis sama, SK Pulau Aman turut menerima tajaan Tutor yang disampaikan kepada Guru Besar sekolah itu, Nokman Che Abas.

Sementara itu Mohd. Foad berkata, akhbar ini adalah bahan sokongan dan beliau berharap guru akan terus memanfaatkannya seiring dengan konsep pembe­lajaran masa kini.

Tutor diterbitkan setiap Isnin untuk memantapkan persediaan calon peperiksaan UPSR, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekolah atau ibu bapa yang berminat melanggan akhbar pendidikan ini boleh melayari www.tutor.com.my atau hubungi talian 03-89243977.

Dapatkan “Soalan Tutor Utusan 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :  Soalan Tutor Utusan 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mengikut Edisi

  1. TUTOR UPSR 2018 2nd Edition
  2. TUTOR UPSR 2018 3rd Edition
  3. TUTOR UPSR 2018 4th Edition
  4. TUTOR UPSR 2018 6th Edition
  5. TUTOR UPSR 2018 8th Edition

 

Panduan Penggunaan Tutor

1. Ibu bapa

Ibu bapa dan penjaga boleh mengenal pasti minat belajar anak masing-masing dengan melakukan post-mortem sendiri di rumah. Cuba pantau cara belajar mengikut gaya kehidupan anak-anak, khususnya yang telah mencecah usia remaja.

Kajian mendapati purata pelajar di Malaysia suka belajar pada saat akhir, menghabiskan banyak masa dalam dunia siber dan suak belajar bersendirian.

Tetapi awas, tumpuan belajar secara atas talian secara privasi mungkin boleh terganggu jika terampau banyak elemen tidak berkaitan yang menerobos fokus anak dalam dunia siber sehingga akhirnya kembali kosong. Tutor.com.my focus kepada pembelajaran anak anda. Soalan latih tubi yang disusun bermula daripada aras kesukaran yang umum kepada lebih berfokus mampu menggalakkan calon meningkatkan keinginan untuk membuat lebih banyak soalan.

Ia merupakan instrument soalan yang dibina daripada item-item bermutu oleh guru pakar penggubal soalan yang memahami keperluan anak anda untuk berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya masa depan mereka. Ibu bapa atau penjaga juga akan mendapat laporan kemajuan anak masing-masing setiap kali calon menjawab soalan.

2. Guru

Guru boleh menggunakan tutor.com,.my sebagai bahan utama pembelajaran dalam makmal komputer di sekolah. Guru boleh menayangkan dan membincangkan setiap soalan ketika sesi di makmal.

3. Pelajar

Calon perlu ada sifat dan sikap istiqamah yang tinggi ketika menggunakan laman web ini. Memadai jika calon membuat 10 soalan bagi setiap subjek sehari, ditokok dengan satu klon soalan peperiksaan tahun lepas dan tambahan satu soalan ramalan yang mempunyai jawapan lengkap.

Membuat banyak soalan secara membuta tuli tetapi tidak memahami format soalan dan skema jawapan khusus juga tidak berguna – umpama mencurah air di daun keladi.

Sehubungan itu, pastikan anda menguasai setiap soalan yang anda siapkan dan jangan tergopoh-gapah untuk menghabiskan soalan sepertimana anda bermain permainan video!

Jika anda melanggan tutor.com.my dan membuat ulangkaji secara istiqamah pada setiap hari, maka anda akan telahmembuat lebih 13,000 soalan dalam tempoh setahun. Cukup untuk anda, ditambah dengan inisiatif pihak sekolah, tuisyen dan buku-buku latihan lain yang anda beli di pasaran.

Langganan Tutor.com.my 

Langganan akhbar pendidikan Tutor

Untuk melanggan akhbar pendidikan Tutor, klik di SINI

Soalan Lazim berkaitan Tutor Utusan

Soalan: Bagaimana untuk melanggan sistem pembelajaran Tutor?
Jawapan: Sila layari http://www.tutor.com.my/contents/userguide untuk panduan pendaftaran.


Soalan: Bagaimana cara pembayaran?
Jawapan: Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kaedah dibawah.

01. Menggunakan MOLPay untuk membayaran atas talian seperti kad kredit, maybank2u, cimbclicksm, rhbnow, fpx, tunai di 7eleven dan banyak lagi. Setelah pembayaran disahkan, akaun anda akan diaktifkan serta-merta.

02. Pembayaran melalui cek/ wang pos atas nama Utusan Melayu (M) Bhd atau deposit tunai/perbankan internet ke akaun Maybank 5144 0480 4387. Anda perlu faks slip bayaran ke nombor 03-9221 2053 atau emel kepada [email protected]. Setelah pembayaran disahkan, akaun anda diaktifkan dalam masa 24 jam.
03. Pembayaran tunai, sila hadir ke pejabat kami di alamat Unit Pendidikan, Utusan Melayu (M) Bhd, 44 Jalan Utusan off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur


Soalan: Apakah pakej dan subjek yang disediakan?
Jawapan:


Soalan: Anak saya belajar di tahun 5 dan tingkatan 2, adakah sistem pembelajaran ini sesuai untuk mereka?
Jawapan: Sistem pembelajaran tutor ini memfokuskan kepada latih tubi dan soalan yang dipaparkan adalah secara rawak. Ia tidak disusun mengikut tahap murid. Sesuai untuk murid/pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti murid tahun 6, pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5.


Soalan: Berapa lama tempoh masa untuk akaun diaktifkan?
Jawapan: Bagi pembayaran melalui MOLPay, akaun akan diaktifkan serta-merta setelah pihak MOLPay mengesahkan pembayaran. Bagi pembayaran menggunakan cek, wang pos dan perbankan internet, akaun akan diaktifkan setelah pihak kami menerima slip bayaran dan membuat pengesahan pembayaran.


Soalan: Apakah bentuk soalan yang disediakan?
Jawapan: Terdapat 2 bentuk soalan iaitu objektif dan subjektif. Untuk soalan objektif, murid boleh menyemak jawapan secara terus manakala bagi soalan subjektif/struktur, jawapan contoh akan diberikan untuk membolehkan murid membuat perbandingan dengan jawapan diberikan.


Soalan: Selain soalan, adakah terdapat nota disediakan?
Jawapan: Ya. Nota adalah disediakan.


Soalan: Kenapa tiada markah untuk soalan subjektif didalam kad laporan?
Jawapan: Markah hanya diberikan untuk soalan berbentuk objektif manakala untuk soalan subjektif tiada markah akan direkodkan.


Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hantarkan melalui borang ini.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Soalan Tutor Utusan 2018 UPSR memberikan manfaat khususnya kepada calon UPSR dan guru-guru Tahun 6. Semoga berjaya daripada kami. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.