Templat PBD Tingkatan 5 Sains Sukan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, baru-baru ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah memuat naik templat pelaporan pentaksiran yang baharu bagi Tingkatan 5 yang dinamakan sebagai Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini amat penting kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid bukan sahaja dalam melihat prestasi murid/anak dalam akademik mahupun bukan akademik, malah merupakan platform untuk guru meningkatkan pencapaian murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.
Dapatkan “Templat PBD Tingkatan 5 Sains Sukan” di sini
Di sini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu dalam bentuk dokumen Excel.
Download : 1109 Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Sains Sukan
SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 16 DISEMBER 2020
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Templat PBD Tingkatan 5 Sains Sukan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam menyediakan pelaporan pencapaian dan prestasi murid dalam PdPc. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.