Buku Panduan & Pengurusan Templat Pelaporan PBD Tahun 6 KSSR Semakan

Templat Pelaporan PBD Tahun 6 KSSR Semakan

13108

 

Templat Pelaporan PBD KSSR Semakan Tahun 6

Templat Pelaporan PBD Tahun 6 KSSR Semakan ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana digunakan mulai tahun ini (2022).

Umum sedia maklum, pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu disediakan oleh semua guru dan pelaporan ini perlu diberikan kepada ibu bapa atau penjaga murid dua kali setahun, iaitu bagi pertengahan tahun (pertengahan sesi akademik) dan akhir tahun (akhir tahun sesi akademik) bagi menunjukkan tahap penguasaan anak-anak mereka dalam setiap mata pelajaran.

Pada kali ini, templat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) versi KSSR Semakan 2017 telah rasmi dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk kegunaan guru-guru dalam merekodkan Tahap Penguasaan (TP) murid-murid Tahun 6 (sekolah rendah).

Templat ini merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tahun 6 KSSR Semakan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘xlxs’

Download : TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 6 KSSR Semakan 2017 SK DAN SJK 2022

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Templat Pelaporan PBD Tahun 6 KSSR Semakan dapat membantu khususnya kepada guru-guru Tahun 6 dalam menyediakan pelaporan PBD untuk tujuan perekodan tahap penguasaan murid-murid, seterusnya mengenal pasti intervensi atau langkah penyelesaian bagi membantu murid-murid meningkatkan tahap penguasaan sedia ada mereka kepada TP yang lebih baik. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.