Buku Panduan & Pengurusan TEMPLATE PERCUMA MYPORTFOLIO GURU : GURU BESAR

TEMPLATE PERCUMA MYPORTFOLIO GURU : GURU BESAR

434

MYPORTFOLIO merupakan penjenamaan semula Fail Meja. Selaras dengan perkembangan semasa, setelah dikaji semula dan ditambah baik, maka dipersetujui untuk mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 MyPortFolio : Panduan Kerja Sektor Awam.

Tujuan MYPORTFOLIO bukan untuk menambah bebanan kerja guru tetapi ia adalah sesuatu yang telah lama dilakukan oleh para guru cuma ia telah “dijenamakan” untuk mengikuti perkembangan semasa.

Oleh itu, bagi membantu memudahkan lagi urusan para guru, admin ingin kongsikan templat MYPORTFOLIO. Templat ini mengandungi semua perkara yang perlu ada dalam MYPORTFOLIO guru seperti, carta organisasi, deskripsi tugas, proses carta alir dan sebagainya.

MYPORTFOLIO ini tidak tertakluk pada para guru sahaja. Semua penjawat awam perlu membuat MYPORTFOLIO ini bagi memperkukuhkan pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab agensi demi memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan. Melalui MYPORTFOLIO, pihak berwajib dapat mengenal pasti masalah, isu, mentor mentee melalui deskripsi tuga dengan tujuan memindahkan pengetahuan kerja, sokongan atau apa sahaja yang bersesuaian kepada perkembangan kerjaya mentee.

MYPORTFOLIO juga menjadi bukti kepada pematuhan peraturan dan proses kerja yang ditetapkan dalam sebuah organisasi.

Pihak JPN dan PPD telah menyediakan templat yang jelas dan tepat kepada para guru dalam penyediaan MYPORTFOLIO bagi memudahkan para guru menyiapkan ia pada waktu yang ditetapkan. Dengan kewujudan templat ini, para guru hanya perlu memasukkan maklumat yang berkaitan dengan guru itu sahaja kerana yang lain telah pun disediakan di dalam templat.

Semoga dengan perkongsian TEMPLATE PERCUMA MYPORTFOLIO GURU : GURU BESAR ini, dapat membantu memudahkan urusan guru dan mendatangkan manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

MUAT TURUN TEMPLATE PERCUMA MYPORTFOLIO GURU : GURU BESAR :