Modul Tips dan Ramalan Soalan SPM Ulangan Bahasa Melayu 2018

Tips dan Ramalan Soalan SPM Ulangan Bahasa Melayu 2018

16212

 

Tips dan Ramalan Soalan SPM Ulangan Bahasa Melayu 2018 ini adalah bersumberkan Cikgu Tan CL untuk kegunaan dan rujukan khususnya kepada calon SPM bagi tahun 2017 (calon SPMU 2018) yang akan menduduki peperiksaan bagi kertas ini yang dijadualkan pada 27 Jun 2018.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tips dan ramalan tersebut:

KERTAS 1 (KARANGAN)

TEMA RAMALAN
1. Ciri-ciri bandar pintar / bandar satelit / bandar raya moden
2. Tanggungjawab pengguna / konsumer / pemimpin sekolah
3. Amalan rumah terbuka pada musim perayaan
4. Kepentingan berekreasi pada hujung minggu
5. Faedah menimba ilmu pengetahuan
6. Pelancongan dalam negara
7. Isu jerebu dan kerjasama serantau
8. Peranan ibu bapa membentuk anak berbudi bahasa
9. Peranan masyarakat menjaga nama baik negara
10. Peranan rakyat untuk menjaga keselamatan negara

KERTAS 2

SOALAN 1 : RUMUSAN
1. Peranan / tugas / tanggungjawab
2. Usaha / langkah / cara
3. Kebaikan / kepentingan
4. Impak / kesan

SOALAN 2: TAJUK KOMSAS
1. Gurindam Dua Belas
2. Syair Bidasari
3. Sejadah Rindu
4. Erti Hidup Bererti
5. Kepimpinan Melalui Teladan
6. Cerpen Munsyi
7. Cerpen Cinta Ahmad Mutawakil

PEMAHAMAN KOMSAS
(i) pemahaman berdasarkan petikan
(ii) KBAT – usaha / kepentingan / peranan / kebaikan
(iii) KOMSAS – nilai / persoalan / pengajaran / gaya bahasa / bentuk

SOALAN 3: TATABAHASA

3(a) BINA AYAT – kata majmuk / bahasa istana / kata pelbagai imbuhan
3(b) SINTAKSIS – pola ayat / pisahkan ayat / ayat pasif kepada ayat aktif /
3(c) KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN – keselarasan vokal, ejaan BI – BM / imbuhan pinjaman / imbuhan apitan / imbuhan meN-…-i dan meN-…-kan / ber dan per
3(d) KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA – kelewahan bahasa / frasa kerja pasif / kesalahan kata sendi nama / kesalahan kata penguat
3(e) PERIBAHASA – bina ayat / isi tempat kosong dengan peribahasa / perenggan – nyatakan peribahasa berdasarkan cerita dalam perenggan

SOALAN 4: NOVEL
(a) 2 Latar masyarakat
(b) 2 Persoalan yang berkaitan dengan ketabahan watak utama
(c) 1 Pengajaran daripada setiap novel
(d) 1 Nilai kasih sayang daripada setiap novel
(e) 2 peristiwa yang mengejutkan pembaca
(f) 2 peristiwa yang berkaitan dengan satu nilai / persoalan

“Semua ramalan di atas hanyalah berdasarkan analisis komprehensif dan komplit saya (Cikgu Tan CL) setelah membuat perbandingan dan rujukan analisis soalan sebenar SPM 2001 – 2017. Jika soalan ramalan di atas keluar dalam SPM Ulangan kali ini, itulah rezeki dan kebetulan sahaja. Saya hanya berniat untuk membantu calon-calon yang menduduki peperiksaan ini. Biarlah mereka juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu SPM untuk mempermudah segala urusan kenaikan pangkat, pengesahan jawatan, dan penerimaan untuk mana-mana IPT nanti. Jika tidak, hamba susun sepuluh jari untuk memohon kemaafan. Ramalan di atas dilakukan berdasarkan permintaan daripada rakan guru, calon peperiksaan SPMU dan rakan-rakan alam maya. Persediaan yang terbaik ialah persediaan awal yang melibatkan semua bahagian dalam buku teks dan buku rujukan.”

Kongsikanlah kepada rakan atau kenalan yang mendudukinya.

Saya berdoa agar kejayaan milik 11,057 orang calon SPM Ulangan pada 27 Jun nanti.

SELALU ADA HARAPAN
BAGI MEREKA YANG SELALU BERDOA,
SELALU ADA JALAN
BAGI MEREKA YANG SERING BERUSAHA

KREDIT KEPADA: CIKGU TAN CL

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Tips dan Ramalan Soalan SPM Ulangan Bahasa Melayu 2018 bermanfaat. Selamat menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun ini dan semoga kejayaan milik anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.