Informasi 10 Kelebihan TVET dan Cara Permohonan TVET

10 Kelebihan TVET dan Cara Permohonan TVET

5258
APA ITU TVET

Anda mesti pernah mendengar mengenai TVET bukan? tetapi ramai yang tidak tahu apakah itu TVET yang sebenarnya. Ia adalah merupakan inisiatif daripada kerajaan dan usaha untuk melahirkan anak-anak yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik yang boleh diamalkan dalam dunia pekerjaan nanti.

Jom ketahui apakah itu TVET, penubuhannya, syarat kelayakan dan lain-lain berkenaan sistem pendidikan ini.

Berkenaan Program TVET Di Negara Malaysia

Apa Itu TVET?

Apa Itu TVET?

Technical and Vocational Education and Training (TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai sasaran pekerjaan dengan mengutamakan amalan industri.

Tujuan TVET diperkenalkan kerana ingin melahirkan tenaga kerja yang komprehensif terhadap bidang kemahiran tertentu. Ia juga meletakkan standard pekerjaan yang diiktiraf seperti pembelajaran teori, kemahiran praktikal dan pendedahan terhadap latihan industri yang sangat tinggi.

Tujuan TVET Dibangunkan Di Malaysia

DI Malaysia, TVET merupakan sumber tenaga manusia kepada industri dengan membantu membangunkan sektor utama kepada kerajaan sejurus bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan fleksibiiti tenaga kerja global.

Penting untuk menyediakan tenaga pekerja berkemahiran dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah yang lebih maju berasaskan pengetahuan, selari dengan inovatif menjadikan negara lebih maju pada masa yang akan datang.

Institusi Yang Menubuhkan TVET

Mesti anda tertanya-tanya siapakah yang menubuhkan TVET ini? Siapakah orang pertama yang membangunkan TVET ini? Bila program ini ditubuhkan? Berikut dibawah adalah maklumat berkenaan TVET:

Pengasas TvetTahun tvet diwujudkanInstitusi tvet
Dr Lim Kok WingTahun 1964Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua & Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur

Institusi TVET awam kini mempunyai lebih daripada 500 program yang telah ditawarkan bagi semua peringkat pendidikan.  

Program TVET yang Ditawarkan

Terdapat banyak program yang ditawarkan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Untuk permohonan kemasukan TVET, anda boleh rujuk maklumat lebih lanjut dibawah.

Senarai Institusi TVET Di Malaysia

Terdapat banyak institusi TVET di Malaysia dan ia mencecah ratusan dalam negara. Menurut data terdapat 12 kementerian, 681 institusi awam dan 2538 sijil yang menawarkan TVET. Bagi rujukan lebih lanjut, anda boleh rujuk senarai lengkap institusi TVET di pautan laman web TVET Madani.

10 Kelebihan TVET dan Cara Permohonan TVET

Permohonan TVET dan Kelebihan Masuk TVET

Kenapa Perlu Masuk TVET?

Ramai yang berteka teki apakah keistimewaan TVET? dan kenapa mesti masuk program institusi jenis ini? Terdapat penerangan menarik yang anda semua boleh tahu. Bahkan pelajar kelulusan TVET ini 94% adalah mendapat kerja! Membuktikan bahawa pelajar lepasan TVET sangat mendapat permintaan tinggi.

Cara Mohon Masuk TVET

Untuk memohon TVET adalah perlu melalui laman web rasmi KPM.Permohonan TVET dibuka secara online dan boleh dimohon oleh mereka yang berminat. Untuk permohonan adalah perlu rujuk iklan rasmi yang dibuka oleh KPM bagi program ini. Kebiasaannya program TVET dibuka sepanjang tahun mengikut bulan yang tertentu. Untuk mengetahui maklumat dan info permohonan boleh rujuk laman web rasmi KPM bagi mengetahui pengumuman terkini.

Berikut adalah cara mohon program TVET di institusi pendidikan:

  • Tunggu makluman rasmi berkenaan tawaran kemasukan TVET terbaru di laman web TVET Madani atau boleh rujuk laman Facebook institusi TVET.
  • Sekiranya permohonan dibuka, boleh rujuk maklumat lebih lanjut melalui papara utama laman KPM.
  • Baca dahulu syarat-syarat kelayakan permohonan dan boleh membuat permohonan segera.
  • Permohonan perlulah dilampirkan beberapa butiran lengkap dan dokumen sokongan.
  • Setelah melalui beberapa proses permohonan, anda boleh membuat pengesahan permohonan.
  • Tunggu makluman daripada pihak institusi yang anda mohon.

KPM akan membuka permohonan bagi setiap tahun dan pelajar akan mendapat peluang sambung belajar dalam program TVET berdasarkan syarat-syarat.

Contoh iklan tawaran kemasukan program TVEt

Syarat Kelayakan Masuk TVET

Kementerian dan agensi yang melaksanakan program TVET akan mengeluarkan tawaran kelayakan minimum untuk memasuki ke mana-mana institusi.

Secara amnya, TVET menyediakan dua laluan untuk memasuki bidang-bidang TVET antaranya:

Mereka mempunyai peluang untuk melanjutkan dalam bidang Sijil ataupun Diploma berkemahiran tinggi dalam bidang TVET manakala remaja yang sudah bekerja ataupun kurang dalam akedemik boleh menjalani atau memasuki program Khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Syarat Kelayakan Masuk TVET
10 Kelebihan TVET dan Cara Permohonan TVET

Kelebihan Masuk TVET

Apakah kelebihan masuk Tvet? Banyak kelebihan tvet yang kita boleh lihat antaranya dari segi yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pendaftaran. Ini membuat institusi tvet menjadi pilihan utama ibu bapa yang berpendapatan sederhana untuk memberikan pengajian awal kepada anak-anak mereka. Berikut merupakan senarai kelebihan memasuki Tvet:

  1. Memperoleh Kemahiran yang lebih praktikal
  2. Di sokong dan dibantu oleh kerajaan
  3. Untuk lepasan spm bukanlah pilihan terakhir untuk memilih bidang kemahiran
  4. Mempunyai 434 institut latihan kemahiran awam dan 753 institut latihan swasta disediakan untuk pelajar di Malaysia
  5. Peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi
  6. Peluang kerjaya yang amat banyak terutama dalam bidang teknikal
  7. Memasarkan tenaga kerja mahir menjadi pilihan utama kepada majikan
  8. Gaji pokok yang amat menarik dan lumayan
  9. Pendapataan lebih tinggi daripada gaji penjawat awam
  10. Di Korea Selatan menjadi pilihan tinggi dalam memilih bidang kemahiran berbanding Malaysia
  11. Menejelang tahun 2020 kerajaan mensasarkan sebanyak 46% pekerjaan dalam negara memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional

Keistimewaan Lepasan Dari TVET

Keistimewaan Lepasan Dari TVET

Selain daripada gaji yang besar untuk graduan tvet, mereka juga akan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal yang sangat mendalam bagi memberi nilai yang tinggi kepada majikan atau pasaran kerajaan. Mereka juga sudah tentu akan memberikan peningkatan yang tinggi dalam segi ekonomi dan pembangunan negara.

Berdasarkan kajian, graduan TVET Malaysia mempunyai kebolehpasaran kemahiran lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti (diploma/degree/masters/PhD). Jadi, adalah salah sekiranya seseorang itu menganggap keluaran TVET ini tiada hala tuju masa depan yang cerah. TVET sudah buktikan kemahiran adalah sangat diperlukan untuk membangunkan negara.

Soalan Faqs Tentang Tvet

Had umur masuk tvet?

Tiada had umur atau bergantung pada institusi tvet berikut.

Institusi tvet mempunyai kaedah pinjaman?

Institusi tvet menyediakan pinjaman PTPTN atau PTPK.

Seseorang yang bekerja boleh memasuki tvet?

Boleh, anda perlu memilih untuk sambung dalam pengajian separuh masa atau jangka pendek.

Bagaimana dengan pelajar yang tinggal jauh tetapi ingin memasuki institusi tvet?

Jangan risau, kesemua institusi tvet menyediakan asrama atau penginapan percuma bergantung pada institusi tvet yang dipilih.

Berapa tahun pengajian di tvet?

Bergantung pada institusi tvet berikut dan sesetengah tvet ada tempoh pengajian yang singkat sehingga 18 bulan sahaja.