Admin kongsikan bahan bantuan peperiksaan akhir tahun pendidikan islam tahun 1 sebagai bantuan kepada pelajar membuat persediaan menempuh ujian dengan penuh yakin. Persediaan pelajar menduduki peperiksaan bukan sahaja dengan menyediakan perkakas alat tulis yang lengkap, bahkan persediaan pelajar untuk menjawab soalan dengan betul lebih utama bagi menilai pemahaman dan penguasaan sesuatu subjek.
Contents
Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1
Silibus Pembelajaran
Bagi pelajar tahun satu mengambil mata pelajaran pendidikan islam perlu menguasai tujuh bidang 36 unit yang digariskan dalam silibus pembelajaran pendidikan islam tahun 1. Senarai bagi pembelajaran islam tahun satu boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Bidang | Unit |
---|---|
Bidang Al-Quran (Tilawah) | unit 1 huruf hijaiyah yang berbaris fathah unit 2 huruf hijaiyah bersambung Unit 3 bacaan tanwin Unit 4 bacaan izhar Unit 5 Bacaan lin Unit 6 bacaan huruf bertasydid Unit 7 bacaan ikhfa dan ikhlab Unit 8 bacaan idghom Unit 9 bacaan bertanda dan Unit 10 Bacaan mad Unit 11 Bacaan alif yang tidak dibaca Unit 12 Bacaan tanda wakaf Unit 13 Bacaan ketika wakaf Unit 14 Memulakan bacaan dengan hamzah wasol |
Bidang Al-Quran (Hafazan) | Unit 15 Surah al-fatihah Unit 16 Surah al-ikhlas |
Bidang Jawi | Unit 17 Duniaku indah Unit 18 Alamku ceria Unit 19 Seronoknya di pasar raya Unit 20 Gembira bersama rakan Unit 21 Sekolahku gemilang |
Bidang Akidah | Unit 22 Iman peganganku Unit 23 Islam cara hidupku Unit 24 Tuhanku ar-rahman ar-rahim |
Bidang Ibadah | Unit 25 Air dalam kehidupan Unit 26 Kebersihan amalanku Unit 27 Wuduk sempurna Unit 28 Solar tiang agama Unit 29 Solat semporna |
Bidang Sirah | Unit 30 Kelahiran kekasih allah Unit 31 Teladani sifat siddiq nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam Unit 32 Bersama keluarga nabi |
Bidang Adab | Unit 33 Bersih diri hiasi peribadi Unit 34 Keluargaku sayang Unit 35 Zikrullah penenang jiwa Unit 36 Rasulullah ikutanku |
Modul
Modul merupakan bahan membantu guru sama ada melalui rancangan pengajaran harian atau bahan himpunan soalan-soalan bagi setiap tajuk dalam sesuatu subjek.
Modul Transisi Pendidikan Islam
Modul transisi pendidikan islam ini direka khas buat pelajar tahun 1 dengan tajuk iman peganganku. Modul ini mengandungi 32 muka surat beserta muka hadapan.
Dapatkan modul transisi pendidikan islam ini dengan menekan pautan berikut:
Diharap modul ini dapat membantu para guru merancang sesi pembelajaran yang lebih baik.
Nota
Nota merupakan bahan yang digunakan pelajar untuk membuat ulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan sewaktu membuat latih tubi.
Nota Bergambar Kenali Keluarga Nabi Muhammad
Admin kongsiikan nota bidang sirah pendidikan islam tahun 1 tajuk kenali keluarga nabi muhammad dengan membuat nota ringkas bergambar yang boleh dijadikan sebagai slide pembelajaran di dalam kelas. Susunan gambar dan warna yang digunakan sangat membantu meningkatkan fokus pelajar kepada penerangan guru.
Nota ini dikongsikan oleh Azdila yang mengandungi 10 muka surat beserta muka hadapan.
Jangan lupa untuk dapatkan nota kenali keluarga nabi dengan menekan pautan di bawah.
Nota Solat Tiang Agama
Pada umur 7 tahun, pelajar sudah digalakkan untuk menjaga solat fardu. Oleh itu, mari kita jelaskan kepada pelajar bilangan solat fardu dan waktu bagi setiap solat fardu untuk ditunaikan.
Dengan nota yang admin kongsikan dapat membantu pelajar memahami
- Bilangan solat
- Waktu solat
- Kepentingan solat fardu
- Hukum meninggalkan solat
Sila dapatkan nota solat tiang agama pada butang pautan berikut:
Kuiz
Fokus pelajar sukar untuk kekal sehingga penghujung kelas. Oleh itu, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh para guru untuk mendatangkan semula fokus pelajar dengan menyelit beberapa aktiviti seperti membuat kuiz, bercerita dan lain-lain lagi.
Kuiz Online Jawi Tahun 1
Sebagai pengenalan dan meningkatkan minat pelajar kepada pendidikan islamm mari bersama pelajar menjawab kuiz jawi berikut:
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam Tahun 1
Mari biasakan pelajar dengan menjawab soalan mengikut format sebenar peperiksaan. Hal ini amat membantu pelajar membiasakan diri menjawab mengikut format disamping sebagai proses ulangkaji pelajaran apabila mereka akan merujuk nota atau buku teks kembai untuk menjawab soalan.
Koleksi Soalan Peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 1 Tahun-tahun Lepas
Soalan peperiksaan pendidikan islam tahun 1 mempunyai 1 kertas dan terdapat dalam 3 bentuk.
- Semua soalan dalam tulisan jawi
- Dwitulisan (Jawi dan Rumi)
- Dalam tulisan rumi
Pemilihan tulisan bagi soalan dibuat oleh pihak sekolah dengan menilai kemampuan pelajar sekolah tersebut.
Kertas soalan peperiksaan |
---|
Kertas soalan set 1 |
Kertas soalan set 2 |
Kertas soalan set 3 |
Kertas soalan set 4 |