Admin kongsikan kali ini, bahan bantu ujian akhir sesi akademik pendidikan islam tahun 5 sebagai persediaan menduduki peperiksaan yang akan datang. Yakinlah dengan berusaha melalui latih tubi dapat membantu pelajar menguasai tulisan jawi bahkan menjawab soalan dengan baik dan tidak lupa untuk mengajak pelajar menjaga solat sebagai menarik bantuan Allah sewaktu peperiksaan.
Contents
Subjek Pendidikan Islam Tahun 5
Sukatan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 5
Bagi pelajar tahun 5, sukatan pembelajaran mempunyai 8 bidang dan 23 unit yang perlu dikuasai oleh pelajar. berikut merupakan senarai sukatan pembelajaran pendidikan islam tahun 5.
Bidang | Unit |
---|---|
1. Al-Quran | Unit tilawah membaca surah al-Qadr membaca surah at-Tin Unit hafazan menghafaz surah al-Qadr menghafaz surah at-Tin Unit kefahaman tadabbur surah al-Asr Unit tajwid sempurnakan tajwidmu |
2. Hadis | Unit sayangi pemimpin kita |
3. Jawi | Unit badan sihat hidup ceria Unit kenali budaya Malaysia |
4. Akidah | Unit al-Malik Unit al-hasib Unit beriman dengan hari akhirat Unit syirik merosakkan akidah Unit bahaya sihir |
5. Ibadah | Unit tayamun Unit solat berjemaah membaentuk kekuatan ummah Unit jemaah penuh berkah Unit dua hari raya yang mulia |
6. Sirah | Unit hijrah membawa rahmat Unit Itqan menambah berkat Unit nabi muhammad pemimpin agung |
7. Adab | Unit hargai nikmat kenderaan Unit berjual beli dengan berhemah Unit bijak berkomunikasi Unit alam ceria hidup sejahtera |
Modul Pendidikan Islam Tahun 5
Modul pendidikan islam membantu guru merancang aktiviti sewaktu sesi pembelajaran dan membuat rancangan pembelajaran harian.
Modul Pendidikan Islam Tahun 5 Bidang Tajwid Dan Sirah
Para guru boleh menggunakan modul ini bagi merancang pembelajaran berkaitan bidang tajwid dan sirah yang disediakan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Negeri Jalan Ayer Hangat, Kuah. Modul ini mengandungi 13 muka surat termasuk muka hadapan.
Berikut contoh rph yang terkandung dalam modul ini:
Tarikh | 26 Ogos 2021 |
Hari | Khamis |
Bidang | Tajwid |
Standard kandungan | 1.6 Tajwid Membaca ayat yang mengandungi bacaan hukum mad 2 harakat dengan betul dan bertajwid secara beradab dan istiqamah. |
Standard pembelajaran | 1.6.1 Membaca kalimah dan potongan ayat mengandungi bacaan mad tobi’ie diawal surah dengan betul dan bertajwid. 1.6.2 Mengenal pasti kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan mad tobi’ie diawal surah dengan betul. |
Dapatkan Bahan Modul Pendidikan Islam Tahun 5 Bidang Tajwid Dan Sirah dengan menekan pautan berikut:
penutup
Nota Pendidikan Islam Tahun 5
Sebagai memudahkan pelajar membuat latih tubi, penyediaan nota sangat penting sebagai rujukan dan boleh jadi suatu proses ulangkaji bagi pelajar.
Carta Alir Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah Solat Jemaah
Pelajar sangat tertarik dengan nota yang berwarna dan mempengaruhi pelajar mengingati nota tersebut. nota berikut diambil daripada coggle.
Mari dapatkan nota carta alir Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah Solat Jemaah dibawah:
Nota Pendidikan Islam Tahun 5 unit Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Umah
Penerangan yang lebih jelas berkaitan unit Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Umah, para guru dan ibu bapa boleh dapatkan daripada nota yang admin sediakan di bawah.
Disediakan oleh: Janifah Januwi
Permainan Pendidikan Islam Tahun 5
Pelajar sukar untuk kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran. Hal ini memerlukan guru mencari cara untuk kembalikan fokus pelajar kepada sesi pembelajaran kembali dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti permainan menjawab kuiz.
Kuiz Online Pagar Sesat Tajuk Solat Berjemaah
Mari bermain bersama pelajar dengan mengajak pelajar memilih jawapan yang sebenar dan membantu guru memilih jalan yang sesuai menuju jawapan yang betul.
Pop Kuiz Pendidikan Islam Tahun 5
Admin kongsikan soalan kuiz yang boleh para guru gunakan sebgai penilaian sumatif atau membuat pertandingan jawab kuiz pendidikan islam dengan bahan ini.
Kuiz Pendidikan Islam Tahun 5 by zulhasa9
Bahan Bantu Ujian Akhir Sesi Akademik Pendidikan Islam Tahun 5
Para guru dan ibu bapa perlu memahami proses pembelajaran bukan hanya proses satu pihak menerang dan satu pihak mendengar sahaja. Namun, menduduki peperiksaan juga merupakan proses pembelajaran yang berkesan sekiranya pelajar mengambil berat memahami tajuk dan mengingati point-point penting sebelum menduduki peperiksaan.
Bank Soalan Peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 5
Perkara pertama yang perlu pelajar kuasai adalah membaca tulisan jawi untuk menjawab soalan peperiksaan pendidikan islam. Namun para guru lebih memahami penguasaan pelajarnya berkaitan jawi. oleh itu, ada sekolah yang menyediakan arahan soalan dengan dwitulisan bahkan ada yang menyediakan keseluruhan soalan dalam tulisan rumi.
Admin yakin para guru telah berusaha sebaik mungkin bagi pelajar menguasai tulisan jawi. Oleh itu, mari kita dedahkan pelajar dengan soalan peperiksaan yang lepas bagi membiasakan pelajar menjawab soalan dengan format yang tepat.
Koleksi kertas peperiksaan |
---|
Kertas peperiksaan set 1 |
Kertas peperiksaan set 2 |
Kertas peperiksaan set 3 |
Kertas peperiksaan set 4 |