
Adakah anda sudah membuat persediaan ujian akhir sesi akademik bahasa melayu tahun 4?
Admin sedia membantu anda dengan menyediakan bahan-bahan yang perlu bagi pelajar membuat latih tubi sebagai persediaan menduduki peperiksaan UASA yang akan datang. Pastikan anda cuba menjawab soalan pemahaman yang membantu anda memahami penggunaan perkataan pada kertas penulisan.
Contents
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4
Silibus Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4
Bagi pelajar tahun 4, silibus bahasa melayu yang terdapat dalam buku teks mempunyai 9 tema dan 27 unit. Berikut merupakan senarai silibus bahasa melayu tahun 4:
Tema | Unit |
---|---|
Tema 1 Kemasyarakatan | Unit 1 Jiran Tetangga Unit 2 Prihatinnya Kita Unit 3 Masyarakat Berilmu |
Tema 2 Kesihatan Dan Kebersihan | Unit 4 Saya Sihat Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria Unit 6 Pilih Gaya Hidup Sihat |
Tema 3 Keselamatan | Unit 7 Waspada Selalu Unit 8 Hargai Diri Unit 9 Patuh dan Selamat |
Tema 4 Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika | Unit 10 Semarakkan Budaya Kita Unit 11 Indah Seni Sepanjang Zaman Unit 12 Adat Dijunjung Budaya Disanjung |
Tema 5 Jati Diri, Patriotisme Dan Kewarganegaraan | Unit 13 Jadikan Inspirasi Unit 14 Demi Tanah Airku Unit 15 Aku Anak Watan |
Tema 6 Sains, Teknologi Dan Inovasi | Unit 16 Kehebatan Sains Unit 17 Teknologi dalam Kehidupan Unit 18 Inovasi untuk Kita |
Tema 7 Pertanian Dan Penternakan | Unit 19 Kreatifnya Petani Kita Unit 20 Mari Bertani Unit 21 Ternakan Jana Pendapatan |
Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan | Unit 22 Menjanakan Ekonomi Unit 23 Usahawan Kita Unit 24 Pengurusan Perbelanjaan |
Tema 9 Integriti | Unit 25 Tanggungjawab Digalas Unit 26 Ibarat Pedang Unit 27 Seribu Impian |
Nota Bahasa Melayu Tahun 4
Sebagai bekalan bagi pelajar melangkah membuat persediaan peperiksaan, nota sangat membantu pelajar menyelesaikan latih tubi bagi menguasai sesuatu tajuk.
Nota Bergambar Bahasa Melayu Tajuk Ayat Pasif
Mari kita fahami tajuk ayat pasif yang dapat membantu pelajar menjawab dengan baik dalam ujian yang disediakan oleh Rafiza DIY .


Dapatkan Nota Bergambar Bahasa Melayu Tajuk Ayat Pasif dengan menekan pautan di bawah:
Muat Turun Nota Bahasa Melayu Tahun 4
Muat turun nota ringkas contoh jenis-jenis ayat sebagai panduan pelajar dalam menjawab soalan latih tubi yang dikongsikan oleh Aimaz.

Dapatkan nota ringkas jenis-jenis ayat pasif dengan menekan pautan di bawah sebagai panduan pelajar menjawab soalan.
Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4
Mari bermain bersama pelajar dengan permainan yang membantu meningkatkan pemahaman pelajar berkaiatan tajuk yang di pelajari sewaktu sesi pembelajaran.
Kuiz Dalam Talian Tajuk Sinonim
Para guru boleh mengajak pelajar bermain permainan kuiz sinonim perkataan yang bolh membantu pelajar menambah kepelbagaian penggunaan ayat dalam penulisan.
Muat Turun Latihan Silang Kata Sinonim
Bagi guru yang sukar menggunakan peranti eletronik dalam kelas, boleh gantikan dengan latihan silang kata sinonim yang admin kongsikan di bawah. Berikut contoh latihan silang kata sinonim:

Muat turun latihan sinonim dengan permainan silang kata dengan mengklik pautan di bawah:
Video Membuat Penulisan Cerita
Bagi yang mencari cara membuat penulisan dengan baik boleh rujuk video berikut yang disediakan oleh channel MyGuru di Tahun 4 | Bahasa Melayu | Penulisan: Karangan Melengkapkan Cerita
Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 4
Kertas peperiksaan yang lepas boleh membantu pelajar membuat latih tubi dan membiasakan pelajar menjawab dengan format sebenar bahkan belajar menjawab dalam waktu yang ditetapkan.
Bank Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tahun 4
Seperti yang kita sedia maklum kertas bahasa melayu mempunyai 2 kertas soalan iaitu kertas 1 pemahaman berbentuk objektif dan kertas 2 penulisan. Pelajar diarahkan untuk menjawab semua soalan kertas 1 dan 2 terutama kertas dua yang perlu mecukupi jumlah patah perkataan dalam tempoh yang di tetapkan.
Bahasa melayu dapat dikuasai dalam beberapa cara antaranya memperbanyakan pembacaan, penulisan, mendengar ucapan pidato ilmiah dan membuat latihan. Oleh itu, Admin kongsikan bank soalan peperiksaan bahasa melayu yang lepas sebagai bahan latih tubi pelajar meningkatkan kemahiran menjawab dalam tempoh yang di tetapkan sebagai persediaan ujian akhir sesi akademik bahasa melayu tahun 4.