UASA Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

11709
Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Persediaan menduduki ujian akhir sesi akademik UASA bahasa melayu tahun 5 admin kongsikan sebagai bahan bantuan bagi pelajar mencapai kecemerlangan. Pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dengan penguasaan pelajar dalam membuat latih tubi lebih banyak dengan bantuan nota yang admin kongsikan.

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5

Silibus Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5

Bagi pelajar tahun 5, silibus bahasa melayu yang pelajar akan kuasai merangkumi 9 tema dan 27 unit berdasarkan buku teks. Berikut senarai tema beserta unit dalam jadual di bawah.

TemaUnit
Tema 1 KemasyarakatanUnit 1 Masyarakat Penyayang
Unit 2 Kerjasama Eratkan Hubungan
Unit 3 Masyarakat Celik Ilmu
Tema 2 Kesihatan Dan KebersihanUnit 4 Bahaya dalam Senyap
Unit 5 Kebersihan Diri dan Persekitaran
Unit 6 Minda Sihat
Tema 3 KeselamatanUnit 7 Bijak Bertindak
Unit 8 Awasi Langkahmu
Unit 9 Beringat sebelum Terkena
Tema 4 PerpaduanUnit 10 Memupuk Perpaduan
Unit 11 Meraikan Penyatuan
Unit 12 Jalinan Perpaduan
Tema 5 Jati Diri. Patriotisme Dan KewarganegaraanUnit 13 Sikap Bertanggungjawab
Unit 14 Sayangi Malaysia
Unit 15 Keranamu Malaysia
Tema 6 Sains, Teknologi Dan InovasiUnit 16 Sains dan Kehidupan
Unit 17 Mesra Teknologi
Unit 18 Inovasi Bertambah Mutu
Tema 7 Kelestarian AlamUnit 19 Ceriakan Buana Kita
Unit 20 Selamatkan Alam Kita
Unit 21 Teknologi Hijau
Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan Dan Pengurusan KewanganUnit 22 Ekonomi Dinamik
Unit 23 Usahawan Berwawasan
Unit 24 Pintar Kewangan
Tema 9 IntegritiUnit 25 Insan Berketerampilan
Unit 26 Dahulukan yang Utama
Unit 27 Hormati Hak Sesama Kita

Modul Bahasa Melayu Tahun 5

Modul merupakan panduan bagi guru untuk merancang sesi pembelajaran dengan lebih mudah berdasarkan bahan cadangan pengajaran dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama pelajar.

Modul Ulasan Tahun 5

Pada modul ini, pelajar akan dapat panduan untuk membuat ulasan dengan langkah-langkah yang sangat mudah difahami. Modul ini telah disediakan oleh Eqa Darnestra.

Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Dapatkan modul cara membuat Ulasan bagi tahun 5 dengan mengklik link di bawah:

Admin berharap Modul ini dapat membantu pelajar menbina karangan ulasan dengan baik sebagai bekalan persediaan menduduki ujian akhir sesi akademik tahun 5 yang akan datang.

Nota Bahasa Melayu Tahun 5

Nota merupakan bahan bantuan pelajar bagi membuat rujukan atau ulangkaji apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Para guru kebiasaannya akan menyuruh pelajar mencatat nota yang beliau sediakan di papan tulis.

Nota Gambar Rajah Penulisan

Nota yang admin kongsikan kali ini merupakan nota yang direka bagi menolong pelajar menggunakan kata frasa ayat serta sebutan dan intonasi yang baik lagi jelas. Nota ini telah dikongsikan oleh Kirmidzi92 yang mengandungi 34 muka surat.

Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Mari dapatkan nota penulisan bagi membantu meningkatkan penguasaan gaya penulisan yang berkesan dengan menekan pautan di bawah.

Video Cara Membuat Karangan Ulasan

Para pelajar boleh ikuti video yang direka khas oleh channel MyGuru bagi tajuk Tahun 5 | Bahasa Melayu UPSR | Penulisan: Ulasan Berdasarkan Bahan Grafik yang membantu pelajar membuat ulasan.

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5

Kuiz Online Pilih Jenis Ayat-ayat

Pemahaman pelajar akan dapat dilihat apabila melihat jawapan yang mereka berikan pada latih tubi. Bagi meneglak pelajar berasa tertekan, para guru boleh mengajak pelajar bermain kuiz di bawah sambil menerangkan sebab jawap

Muat Turun Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5

Para guru boleh dapatkan kuiz yang admin kongsikan sebagai bahan yang boleh diberikan kepada pelajar sewaktu guru tidak dapat masuk kelas atas tugasan luar bilik darjah dengan menekan pautan di bawah.

Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5
Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Persediaan Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Bahasa Melayu Tahun 5

Koleksi Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tahun 5

Seperti yang kita sedia maklum, kertas bahasa melayu mempunyai 2 kertas iaitu kertas 1 pemahaman dan kertas 2 penulisan. Pelajar diarahkan untuk menjawab semua soalan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar boleh gunakan nota yang guru berikan ditambah apa yang admin kongsikan sebagai bahan bantuan pelajar menjawab soalan peperiksaan yang lepas, supaya pelajar dapat membiasakan diri menjawab soalan dengan format peperiksaan yang sebenar dalam tempoh yang ditetapkan.

Kertas Soalan Peperiksaan
Kertas Soalan set 1
Kertas Soalan set 2
Kertas Soalan set 3
Kertas Soalan set 4
Kertas Soalan set 5
Kertas Soalan set 6
Kertas Soalan set 7
Kertas Soalan set 8