Soalan Peperiksaan Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan Tahun 6 UPSR

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan Tahun 6 UPSR

4306

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan Tahun 6 UPSR

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Tahun 6 UPSR. Perkongsian ini khas kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris Pemahaman.

Dengan melaksanakan Ujian Diagnostik ini, para guru dapat mengenal pasti masalah atau kesulitan yang dialami oleh murid. Seterusnya, guru dapat merangka dan merancang aktiviti-aktiviti yang diperlukan dalam usaha meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Aktiviti atau bahan bantu mengajar yang seronok dan sistematik dapat menarik minat murid untuk belajar.

Selain itu, ujian diagnostik juga mampu meningkatkan pengetahuan dan tahap pemahaman murid jika ujian berterusan dilakukan.

Kepentingan Bahasa Inggeris

Seperti kita sedia maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantaraan yang digunakan oleh semua masyarakat dunia. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama apabila melibatkan komunikasi antarabangsa.

Walaupun ada beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Rusia, Sepanyol, namun penggunaan Bahasa Inggeris masih lebih banyak berbanding bahasa berkenaan. Justeru itu, hal ini jelas bahawa Bahasa Inggeris sangat penting dalam kehidupan seharian.

  • Merupakan bahasa ilmu pengetahuan kerana kebanyakan sumber pendidikan menggunakan Bahasa Inggeris
  • Bahasa utama dalam era globalisasi dan merupakan bahasa kedua yang digunakan di Malaysia
  • Bahasa pengantaraan di dalam perniagaan di dalam negara mahupun luar negara. Majoriti perniagaan akan menggunakan Bahasa Inggeris.
  • Maklumat-maklumat di internet banyak menggunakan Bahasa Inggeris, ianya merupakan bahasa telekomunikasi atau disebut bahasa internet.

Dapatkan “Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Tahun 6 UPSR” di sini

Disini kami kongsikan contoh ujian diagnostik mata pelajaran Bahasa Inggeris telah digubal berdasarkan format UPSR terbaru bagi mengukur tahap kefahaman murid. Contoh ujian diagnostik yang dikongsikan ini terdiri daripada Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Kertas 2, skema jawapan, Bahasa Inggeris Pemahaman Bahagian A dan B bagi tahun 2016. Bagi soalan Kertas 1, ia mengandungi 40 aneka pilihan yang menyeluruh bagi semua peringkat aras kesukaran.

Untuk memuat turun dokumen, anda perlu klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download : 

Tips Mudah Menguasai Bahasa Inggeris

  1. Menonton filem Bahasa Inggeris
    • Dengan menonton filem luar negara atau program televisyen, kita akan melihat sarikata dalam masa yang sama terbiasa mendengar perkataan dan lebih peka.
    • Dalam mempelajari Bahasa Inggeris, proses mendengar adalah salah satu proses penting.
  2. Cuba praktis bercakap Bahasa Inggeris setiap hari 
    • Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantara setiap hari. Apabila kita sudah terbiasa menggunakan Bahasa Inggeris, kita akan boleh menguasai dan memahami Bahasa Inggeris.
  3. Biasakan diri mendengar lagu Inggeris
    • Ini merupakan salah satu cara untuk menguasai dan belajar Bahasa Inggeris. Majoriti lagu berbahasa Inggeris mempunyai lirik yang mudah difahami, menarik dan sedap untuk didengar. Jadi, gunakan kaedah ini untuk menguasai bahasa Inggeris
  4. Kamus sebagai peneman
    • Menjadikan kamus sebagai peneman bermaksud sekiranya membuka kamus apabila ada perkataan yang tidak difahami. Tidak kira dimana sahaja dan boleh menggunakan kamus tebal ataupun kamus di dalam telefon bimbit.

Perkongsian Bermanfaat

Perkongsian kami mengenai Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman & Penulis Tahun 6 UPSR  diharap dapat membantu murid menguasai, bertutur dan memahami Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Akhir kata, semoga para guru dapat menggunakan contoh ujian diagnostik ini dalam menilai tahap penguasaan murid.

Sebelum ini, kami ada memberi perkongsian Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR untuk kegunaan guru mata pelajaran Sains dalam mengukur tahap penguasaan murid bagi mata pelajaran Sains.