Soalan Peperiksaan Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

8803

Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

Contoh Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR Kertas 1 dan Kertas 2. Perkongsian contoh ujian diagnostik ini adalah bagi memudahkan guru mata pelajaran Sains dalam menilai tahap kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sains.

Matlamat utama ujian diagnostik adalah sebagai alat pengukuran atau penanda aras yang membantu guru untuk mengenal pasti kelemahan seseorang murid dalam topik tertentu. Guru juga dapat mengetahui punca kegagalan murid tersebut.

Oleh itu, apabila guru dapat mengetahui tahap pencapaian, kefahaman dan pengetahuan murid, mereka akan mencari langkah-langkah dan inisiatif pendekatan yang sesuai bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian murid tersebut.

Selain itu, melalui ujian diagnostik juga dapat meningkatkan kefahaman murid serta memberikan motivasi kepada diri murid untuk melakukan yang terbaik semasa di peperiksaan yang sebenar. Murid juga akan memberikan penekanan atau perhatian yang lebih dalam sesuatu topik yang mereka kurang mahir atau menguasai.

Meningkatkan Kefahaman Murid dalam Sains Melalui Ujian Diagnostik

Penilaian diagnostik dalam mata pelajaran Sains dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep dan fakta Sains. Seperti kita tahu, latihan yang berterusan dapat membantu murid lebih faham mengenai sesuatu topik itu.

Dalam usaha untuk merangsang minda murid dan meningkatkan daya ingatan mereka, soalan berbentuk gambar rajah dapat membantu murid untuk memahami sesuatu topik. Kebiasaanya, melalui ujian diagnostik yang dijalankan, hasil penilaian menunjukkan bahawa murid gagal memahami kehendak soalan dan keliru dengan soalan yang hampir serupa. Oleh itu, dengan pelbagai bentuk soalan ujian diagnostik, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kefahaman murid dan meluaskan daya pemikiran mereka untuk menjawab soalan.

 

Dapatkan “Contoh Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 Kertas 1 & 2” di sini

Disini kami kongsikan contoh ujian diagnostik mata pelajaran Sains telah digubal berdasarkan format UPSR terbaru bagi mengukur tahap kefahaman murid. Contoh ujian diagnostik yang dikongsikan ini terdiri daripada Sains Kertas 1 dan Sains Kertas 2 bagi tahun 2016. Bagi soalan Sains Kertas 1, ia mengandungi 40 aneka pilihan yang menyeluruh bagi semua peringkat aras kesukaran.

Untuk memuat turun dokumen, anda perlu klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’.

Download : 

  • Contoh 1 Ujian Diagnostik Kertas 1 Sains Tahun 6
  • Contoh 1 Ujian Diagnostik Kertas 2 Sains Tahun 6
  • Contoh 2 Ujian Diagnostik Kertas 1 Sains Tahun 6
  • Contoh 2 Ujian Diagnostik Kertas 2 Sains Tahun 6

Teknik Meningkatkan Pemahaman Murid dalam Subjek Sains

Seperti kita tahu, ilmu Sains adalah segalaperkara yang berkaitan dengan alam semula jadi termasuklah berkaitan dengan tubuh manusia sendiri. Oleh itu, pendidikan tentang Sains perlu dikuasai oleh murid agar mereka faham perkara yang berlaku di sekeliling dan dalam kehidupan seharian mereka dimana kehidupan sekarang berteraskan Sains dan Teknologi.

  1. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan terkini
    • Menggunakan PowerPoint, animasi video atau menggunakan alat elektronik yang mampu menarik minat murid untuk belajar.
  2. Guru melaksanakan aktiviti seperti ujikaji di makmal, amali berkaitan topik tertentu agar murid berpengalaman dan nampak dengan lebih jelas perkara yang berlaku dalam topik tersebut.
  3. Membina peta minda yang menarik dan berwarna warni untuk setiap topik dapat meningkatkan daya ingatan murid
  4. Guru juga boleh memberi penjelasan tentang perkaitan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia luar agar murid dapat memahami dengan lebih jelas.
  5. Melakukan lawatan sambil belajar ke pusat Sains dapat meluaskan minda murid
  6. Mengadakan program inovasi atau rekacipta di sekolah agar memupuk semangat dan keyakinan murid untuk mencipta produk atau item yang baru yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dalam Sains

Perkongsian Bermanfaat

Justeru, dengan perkongsian Ujian Diagnostik Sains Tahun 6 UPSR Kertas 1 dan Kertas 2 dapat merangsang minda murid berkaitan ilmu Sains serta meningkatkan keyakinan mereka untuk lebih berinovasi dalam mencipta sesuatu bahan. Semoga para guru dapat menjadikan contoh ujian diagnostik ini dalam menilai tahap penguasaan dan prestasi awal murid.

Sebelum ini, kami ada memberi perkongsian Ujian Diagnostik Matematik Tahun 6 Kertas 1 & 2 untuk kegunaan guru mata pelajaran Matematik dalam menilai tahap penguasaan murid dalam Matematik.