Pra Sekolah Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats)

Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats)

585

aktiviti membaca untuk prasekolah

Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats). Bahasa Inggeris sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak bermula daripada usia awal lagi. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan membiasakan berbual dengan anak-anak di rumah menggunakan bahasa inggeris. 

Sedikit sebanyak ia akan dapat membiasakan lidah anak-anak untuk bertutur dalam bahasa inggeris walaupun hanya beberapa perkataan sahaja. Walaupun ketika usia mereka masih bayi dan tidak dapat memahami percakapakan ibu bapa, mereka akan cuba untuk memahami intonasi sesuatu perkataan dan cara sebutan. Aktiviti seperti membaca buku dan mendengar lagu dalam bahasa inggeris juga merupakan aktiviti yang berkesan untuk membiasakan anak-anak menggunakan bahasa ini.

Di dalam lembaran aktiviti ini, murid dapat belajar contoh perkataan yang bermula dengan huruf awal yang ditunjukkan. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga perlu dibimbing oleh ibu bapa untuk membantu kanak-kanak memahami dan dapat belajar sesuatu hasil daripada melakukan lembaran kerja ini.

Penggunaan gambar dan elemen juga adalah pelbagai dan berwarna-warni. Sesuai untuk kanak-kanak agar mereka lebih tertarik untuk belajar Bahasa Inggeris dengan aktiviti ini. Aktiviti yang dilakukan bersama ibu bapa juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa serta anak-anak.

Dapatkan “Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats) ” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bantu belajar bagi murid prasekolah untuk mula membaca menggunakan Bahasa Inggeris. Latihan ini juga sesuai untuk digunakan kepada murid tahun 1 dan 2 serta murid peralihan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Beginning sounds vocabulary

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat membantu murid prasekolah mudah menguasai Bahasa Inggeris di peringkat awal.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.