Lembaran Latihan Operasi Tambah untuk Pemulihan. Latihan ini juga boleh dilakukan oleh murid prasekolah dan sekolah rendah sebagai latihan tambahan mereka. Operasi tambah merupakan salah satu operasi asas matematik yang perlu dikuasai oleh murid.
Penguasaan Operasi asas Matematik seperti Operasi tambah, tolak, bahagi dan darab dapat membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik dengan lebih mendalam. Operasi Asas sering digunakan dalam kehidupan seharian walaupun ia hanya melibatkan dua angka nombor sahaja.
Ibu bapa perlulah membimbing anak-anak ketika melakukan latihan jika di rumah. Ia akan membantu prestasi anak-anak dalam mata pelajaran.
Dapatkan “Lembaran Latihan Operasi Tambah untuk Pemulihan ” di sini
Di sini kami kongsikan lembaran latihan operasi tambah sesuai untuk Aliran Pemulihan. Pada masa yang sama, ia juga sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah dan sekolah rendah di tahap 1 dan 2. Latihan ini boleh menjadi aktiviti tambahan untuk menambah kefahaman mereka untuk melakukan operasi tambah.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Latihan operasi tambah pemulihan
Latihan yang kerap mampu menjadikan seseorang murid mahir dalam sesuatu mata pelajaran. Contohnya, jika seseorang murid kerap melakukan ulangkaji dan latihan matematik, maka dia akan mahir dalam mata pelajaran Matematik. Bak kata pepatah, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dengan kerap melakukan ulangkaji serta kerap bertanya kepada guru jika terdapat kekeliruan.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Latihan Operasi Tambah untuk Pemulihan ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar lembaran latihan ini dapat membantu murid menguasai Operasi Asas matematik dengan lebih baik. Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid sekolah rendah dan prasekolah. Antaranya ialah:
- Lembaran Prasekolah: Aktiviti Menggunting, Menampal dan Mencari Perbezaan
- Senarai Laman Sesawang Interaktif untuk Pembelajaran Kanak-kanak
- Aktiviti Membaca untuk Prasekolah (Beginning Sounds Vocabulary Mats)
Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun untuk murid sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, kami juga ada menyediakan informasi berkenaan dengan bantuan-bantuan kerajaan dan informasi lain yang bermanfaat untuk orang ramai.