Buku Panduan & Pengurusan Senarai Laman Sesawang Interaktif untuk Pembelajaran Kanak-kanak

Senarai Laman Sesawang Interaktif untuk Pembelajaran Kanak-kanak

725

senarai laman sesawang interaktif

Senarai Laman Sesawang Interaktif untuk Pembelajaran Kanak-kanak. Laman sesawang yang disediakan adalah bertujuan untuk memberikan pembelajaran kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara interaktif menggunakan teknologi masa kini.

Ketika ini, penggunaan gajet mahupun teknologi maya tidak lagi asing kepada kanak-kanak seawal umur 3 tahun lagi. Penggunaan gajet merupakan salah satu perkara yang mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau oleh ibu bapa sebaiknya kerana ia akan membawa kepada ketagihan dikalangan anak-anak sendiri.

Namun, jika ibu bapa dan guru mampu memberikan kelainan terhadap penggunaan gajet, ia juga mampu mendatangkan faedah dari segi pengetahuan dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, terdapat banyak video pembelajaran yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai rujukan mereka.

Selain daripada video pembelajaran, terdapat juga laman sesawang interaktif yang menyediakan pelbagai pengetahuan asas kepada kanak-kanak. Layari laman sesawang interaktif berikut:

Tambahan pula dengan keadaan negara yang masih dilanja pandemik, ibu bapa masih lagi bimbang untuk menghantar anak-anak untuk menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka. Melalui bahan-bahan pembelajaran interaktif ini, ia dapat membantu kanak-kanak untuk tidak bosan menjalani sesi pembelajaran di rumah tanpa apa-apa aktiviti.

Semasa memberikan laman sesawang ini kepada kanak-kanak, ibu bapa juga perlulah turut bersama untuk memberikan panduan kepada mereka. Berikan sedikit penerangan kepada mereka apabila ditanya. Pada masa yang sama, aktiviti ini akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Senarai Laman Sesawang Interaktif untuk Pembelajaran Kanak-kanak ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pembelajaran yang kreatif kepada kanak-kanak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada murid-murid.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. 

Pada masa yang sama, kami juga ada berkongsi informasi terkini mengenai jawatan-jawatan kosong kerajaan serta berkenaan dengan bantuan yang bermanfaat untuk orang ramai.