Latihan Bahan Bacaan Bahasa Inggeris untuk Tahun 1

Bahan Bacaan Bahasa Inggeris untuk Tahun 1

2724

Bahan Bacaan BI Tahun 1

Bahan Bacaan Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 ini disediakan untuk memberikan bahan pendidikan tambahan bagi menambahkan kemahiran membaca dalam bahasa inggeris untuk murid tahun 1 dan 2.

Apabila mempelajari bahasa asing, terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai seperti kemahiran menulis, membaca, bertutur dan sebagainya. Kemahiran membaca adalah merupakan kemahiran asas yang perlu semasa proses awal pembelajaran.

Cara Membantu Meningkatkan Kemahiran Membaca Kanak-kanak

  1. Kuasai bahasa menerusi media visual. Walaupun kaedah ini adalah kaedah yang tidak dipersetujui oleh ramai ibu bapa kerana melibatkan pendedahan media visual seperti Youtube kepada anak kecil, tetapi kaedah ini adalah antara yang dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai bahasa inggeris. Program dan video yang telah dikhususkan kepada kanak-kanak adalah sangat membantu dalam memudahkan pembelajaran bahasa. Daripada membuang rutin ini di dalam kehidupan, ibu bapa perlulah bijak untuk mengawal penggunaan media kepada kanak-kanak.
  2. Bacakan buku cerita yang berbahasa inggeris kepada kanak-kanak. Aktiviti membaca buku cerita kepada anak-anak sedikit sebanyak akan dapat mendidik anak dalam aspek nada, kelantangan dan gerak isyarat badan untuk setiap perkataan. Melalui pemerhatian, mereka akan dapat belajar secara perlahan-lahan untuk menjadi yakin dengan kemahiran lisan mereka. Penggunaan bahasa yang ringkas serta bergambar adalah jenis buku cerita yang terbaik bagi kanak-kanak.
  3. Elakkan bercakap seperti bayi. Bercakap seperti bayi seolah-olah akan dapat memudahkan anak-anak untuk memahami dengan lebih baik daripada percakapan normal. Perkara ini perlu dielakkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan kanak-kanak untuk mengikuti percakapan mereka sehingga ke dewasa.

Dapatkan “Bahan Bacaan Bahasa Inggeris untuk Tahun 1” di sini


Bahan ini dikongsikan bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para guru dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid-murid. Pada masa yang sama, ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini untuk membantu anak-anak menguasai kemahiran membaca anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan ini di dalam pautan yang telah disediakan di bawah.

Kredit kepada Facebook Cik Puan Nureen 

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Bahan Bacaan Bahasa Inggeris Tahun 1

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan Bacaan Bahasa Inggeris Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan latihan yang bermanfaat kepada anak-anak.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi mengenai beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan, informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya.