Modul Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan

Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan

2042

Modul PDPR Matematik Tahun 4 Perpuluhan

Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan ini dikongsikan sebagai persediaan para guru-guru untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah. Modul PDPR ini boleh diagihkan kepada murid-murid bagi memudahkan proses pengajaran dilakukan.

Selain daripada menjadi modul PDPR, latihan ini juga boleh dijadikan sebagai latihan tambahan kepada anak-anak semasa berada di rumah. Ibu bapa boleh mencetak helaian latihan ini dan berikan kepada anak-anak sebagai ulangkaji. Pada masa yang sama, ibu bapa turut digalakkan untuk membimbing anak-anak semasa mereka melaksanakan latihan ini agar mereka mendapat panduan semasa menyiapkan tugasan.

Tips Ajar Matematik kepada anak di rumah

  1. Ajarkan anak anda dengan lagu yang berunsurkan pengiraan. Ubah sendiri lirik lagu mengikut kesesuaian topik matematik yang diajarkan.
  2. Kaitkan semua perkara yang terdapat di dalam kehidupan seharian dengan nombor. Perkara ini dapat menjadikan anak seorang yang teliti dan peka dengan persekitarannya. Misalnya ketika mereka menaiki anak tangga, kirakan bersama-sama mereka jumlah anak tangga atau berapa langkah yang perlu mereka ambil untuk sampai ke bawah rumah.
  3. Matematik juga boleh diajar dengan melalui aktiviti menabung. Ibu bapa seharusnya mengajar anak mereka untuk menabung sejak kecil agar mereka tidak boros berbelanja dan bijak merancang kewangan pada masa akan datang. Setiap kali anak-anak memasukkan duit di dalam tabung, tanyakan berapakah jumlah terkini tabungan mereka.
  4. Minta bantuan anak anda sebagai penjaga waktu. Misalnya, beritahu anak anda bahawa anda akan mula memasak pada jam 5.00 petang dan mereka akan selalu melihat jam dan minta anak untuk mengingatkan anda apabila tiba masa memasak sudah tiba. Pada masa yang sama, ia akan dapat memupuk sikap mementingkan dan menepati masa.

Dapatkan “Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan ” di sini


Bahan ini disediakan bagi memudahkan urusan para guru dalam penyediaan bahan pendidikan bagi menghadapi pdpr tidak lama lagi. Selain itu, ibu bapa turut boleh memanfaatkan bahan ini untuk dijadikan sebagai latihan tambahan kepada anak-anak semasa berada di rumah.

Sumber daripada Galeri Cikgu Rozzi

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul PDPR Matematik Tahun 4, Tajuk: Perpuluhan

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul PDPR Matematik Tahun 4 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa yang sedang menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak. Pada masa yang sama, semoga modul ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada murid-murid.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi mengenai beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan-bahan pendidikan bermanfaat, info jawatan kosong kerajaan, bantuan dan sebagainya.