Ini merupakan set yang terakhir bagi edisi ini. Bagi set kesembilan ini, pelajar perlu menyuaikan atau mencantumkan dua ayat dan menulis semula ayat tersebut mengikut gambarajah yang telah disediakan.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah teknik penulisan ayat di kalangan pelajar tetapi juga dapat mengajar mereka mengenai deria yang terdapat pada manusia. Guru boleh mempelbagaikan teknik menarik dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang menarik dan kurang tekanan.
Memandangkan semua lembaran kerja yang Tcer kongsikan adalah di bawah konsep yang sama, guru dan ibu bapa juga boleh mencetak dan menjadikannya sebagai sebuah buku latihan yang boleh dilakukan bersama-sama di dalam kelas atau sebagai latihan sampingan dan kerja rumah dalam usaha untuk memantapkan lagi teknik penulisan pelajar.
Tcer akan kongsikan lebih banyak bahan bantu mengajar yang menarik dan mudah untuk dilakukan oleh pelajar.
MUAT TURUN SEKARANG :