Informasi Bantuan Khas RM150 Guru Tadika bagi PKP 3.0

Bantuan Khas RM150 Guru Tadika bagi PKP 3.0

873

Bantuan Khas RM150 Guru Tadika bagi PKP 3.0 telah dibuka bermula 15 Ogos 2021 pada Fasa 2 ini.

Bantuan khas ini merupakan bantuan kepada guru tadika di bawah Pakej Kita Selangor 2.0, bagi fasa kedua ini hampir 3,000 guru-guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tadika) di negeri Selangor yang belum memohon. Sebanyak RM150 akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka untuk keperluan serta meringankan beban mereka yang terkesan di dalam pandemik akibat musim PKP.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari dimana permohonan boleh dimohon bermula 15 Ogos 2021. Beliau berharap bantuan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada guru-guru tadika.

Maklumat Permohonan Bantuan Khas Fasa 2

Tarikh Buka : 15 Ogos 2021

Tarikh Tutup : 6 September 2021

Jumlah Bantuan : RM150 (one-off)

Negeri : Selangor Darul Ehsan

Bantuan yang diberikan ini disasarkan kepada 10,197 guru tadika yang bakal menerima manfaat. Pada bantuan khas fasa satu, sebanyak 7,177 guru tadika telah mengemukakan permohonan mereka.

Oleh itu, digalakkan kepada mereka yang belum memohon untuk mengemukakan permohonan mereka bermula hari ini supaya mereka merasai bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.

Cara Memohon Bantuan Khas

  1. Guru-guru yang terlibat boleh mengemukakan permohonan melalui Persatuan Tadika Berdaftar dan Pejabat Pendidikan Daerah.
  2. Guru yang telah mengemukakan permohonan pada fasa satu tidak boleh memohon lagi.
  3. Hanya permohonan guru-guru kemukakan pada sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih terperinci untuk bantuan khas ini, guru boleh melayari laman sesawang ini :

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Bantuan Khas Covid-19 RM100 NADMA , Bantuan One-Off RM5000 NADMA Pengurusan Kematian Covid-19 , Bantuan Khas Pengusaha Taska (Pakej PEMULIH) RM3000 dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Bantuan Khas RM150 Guru Tadika bagi PKP 3.0 ini dapat memberi manfaat kepada guru tadika khususnya di negeri Selangor yang terkesan akibat PKP 3.0. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang merupakan guru tadika.

Pelbagai usaha dan bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat semua. Untuk mengetahui pelbagai lagi bantuan, kerja kosong kerajaan sila layari Sistem Guru Online.