Latihan Lembaran Kerja Cabar Minda Mencari Suku Kata yang Hilang

Lembaran Kerja Cabar Minda Mencari Suku Kata yang Hilang

469

lembaran kerja cabar minda mencari suku kata hilang

Lembaran Kerja Cabar Minda Mencari Suku Kata yang Hilang. Bahan ini sesuai untuk murid prasekolah dan murid tahap 1 dalam membantu mereka membaca dan mengenali perkataan-perkataan lazim.

Bahan yang dikongsikan pada kali ini adalah lebih mencabar pengetahuan kanak-kanak mengenai suku kata kvkv. Murid perlulah mengenalpasti gambar atau objek yang ditunjukkan lalu lengkapkan suku kata yang hilang.

Melalui cara ini, mereka akan lebih peka mengenai sesuatu ejaan bagi setiap nama. Bahan ini juga dapat membantu mereka lebih cekap dalam mengeja.

Namun, ibu bapa perlulah menjadi kreatif dan tidak hanya bergantung pada bahan pendidikan sahaja. Ibu bapa perlulah memberikan pendedahan kepada mereka dengan cara mengaplikasikan permainan dalam pembelajaran.

Dapatkan “Lembaran Kerja Cabar Minda Mencari Suku Kata yang Hilang” di sini


Di sini kami sediakan bahan pendidikan yang dapat membantu para guru menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakna bahan ini sebagai aktiviti atau latihan tambahan kepada anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Suku Kata Hilang (KVKV)

Terdapat banyak lagi bahan dan kaedah yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak mengeja dan membaca. Bahan di atas merupakan salah satu contoh bahan yang boleh ibu bapa berikan kepada anak-anak bagi menguji kefahaman mereka mengenai pengejaan suku kata.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Cabar Minda Mencari Suku Kata yang Hilang ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid prasekolah dan tahap 1 mengeja dan membaca.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid prasekolah dan tahap 1. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samaada untuk murid di tahap prasekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga mempunyai informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan banyak lagi informasi bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan orang ramai.