Latihan Lembaran Kerja Uji Kefahaman Murid Mengenai Susunan Nombor

Lembaran Kerja Uji Kefahaman Murid Mengenai Susunan Nombor

264

lembaran kerja uji kefahaman murid

Lembaran Kerja Uji Kefahaman Murid Mengenai Susunan Nombor. Bahan ini sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah serta murid tahap 1 dalam menguji penguasaan mereka mengenai susunan nombor.

Nombor merupakan elemen yang penting dalam mempelajari Matematik. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendedahkan dan memperkenalkan nombor kepada anak-anak seawal usia. Apabila mereka telah mahir dalam membaca nombor, ia akan memudahkan mereka untuk mempelajari operasi asas Matematik seperti Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam mengajar anak-anak mengenai nombor. Antaranya ialah, ibu bapa boleh menggunakan flashcard (kad imbasan) bagi membantu kanak-kanak mengenal dan mengingati susunan nombor.

Ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah menghafal nombor melalui lagu. Ketika ini, terdapat pelbagai versi lagu mengira yang boleh digunakan kepada kanak-kanak.

Dapatkan “Lembaran Kerja Uji Kefahaman Murid Mengenai Susunan Nombor” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh para guru semasa sesi pengajaran dilakukan. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan atau penguasaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram nsr-edu.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Susunan Nombor (Sebelum & Selepas)

Proses mengira dan mengenali asas nombor adalah perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia bagi memudahkan mereka menghadapi sesi pembelajaran ketika masuk ke alam prasekolah. Ibu bapa boleh mengaplikasikan kaedah yang telah dikongsikan di atas dalam usaha mengajar anak-anak mengenai asas Matematik.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Uji Kefahaman Murid Mengenai Susunan Nombor ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik dengan mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah rendah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti bantuan kerajaan, isu pendidikan dan banyak lagi informasi penting untuk para guru, ibu bapa dan orang ramai.