Latihan Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman

Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman

1625

lembaran kerja prasekolah, tema makanan dan minuman

Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman. Bahan yang dikongsikan pada kali ini boleh juga digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid tahap 1.

Tips utama dalam mengajar kanak-kanak adalah dengan mengaplikasikan permainan dalam pembelajaran agar dapat menarik minat mereka untuk belajar. Ibu bapa perlulah menjadi kreatif seperti menggunakan bahan-bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Selain daripada menggunakan alat bantu mengajar, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif seperti bahan pendidikan yang dikongsikan pada kali ini. Bahan ini boleh membantu murid mengenalpasti jenis makanan dan kelas makanan. Pada masa yang sama, mereka mampu membezakan makanan yang berkhasiat serta makanan yang tidak berkhasiat.

Di dalam bahan ini juga, kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mewarna. Misalnya, mewarnakan setiap jenis makanan yang terdapat di dalam bahan ini.

Dapatkan “Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman” di sini


Di sini kami sediakan bahan pendidikan untuk para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan atau aktiviti tambahan ketika berada di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Guru Prasekolah, Kredit bahan daripada Cikgu Azlinda Amran. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yan disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : TEMA MAKANAN & MINUMAN

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Prasekolah, Tema: Makanan dan Minuman ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat memberikan kanak-kanak prasekolah bahan pendidikan yang bermanfaat walaupun terdapat kekangan dalam menghadiri sesi persekolahan seperti biasa.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat samaada untuk murid prasekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa berkenaan dengan isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi untuk guru, ibu bapa dan orang ramai.