Buku Bacaan Suku Kata Murid Tahap 1 ini mengumpulkan cerita ringkas yang mempunyai warna serta grafik yang sesuai bagi murid tahap 1. Para guru dan ibu bapa adalah digalakkan untuk menggunakan buku ini sebagai bahan yang dapat membantu pendidikan kanak-kanak.
Bagi mengajar murid suku kata, para guru boleh menggunakan kaedah ini. Ianya akan dapat membantu murid untuk mengeja dan membaca suku kata dengan lebih mudah.
Kaedah Pengajaran Suku Kata Tahap 1
- Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
- Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan huruf konsonan.
- Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku kata Terbuka.
- Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.
Antara beberapa jenis suku kata ialah:
- Kata tunggal satu suku kata. Contoh: K+V+K
- Kata tunggal dua suku kata. Contoh: V+KV (ibu, ela), V+VK (air, aib), V+KVK (adat, emas), VK+KV (anda, unda), VK+KVK (untuk, entah), KV+KVK (bukan, dekat).
- Kata tunggal tiga suku kata. Contoh: KV+V+KV (biasa, cuaca), KV+V+KV (kaedah).
- Kata tunggal empat suku kata. Contoh: KV+KV+KV+KV (panorama)
Dapatkan “Buku Bacaan Suku Kata Murid Tahap 1” di sini
Di sini kami akan kongsikan bahan ini sebagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh para guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Ibu bapa juga turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan semasa di rumah yang boleh dilakukan bersama-sama dengan anak-anak.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disenaraikan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Pada masa yang sama, ibu bapa perlulah tidak memaksa supaya anak untuk melakukan latihan bacaan suku kata. Misalnya, latihan membaca boleh dilakukan pada setiap hari untuk 15-20 minit sahaja bagi mengelakkan anak-anak berasa bosan dengan sesi pembelajaran yang dilakukan di rumah.
Akhir kata, diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Buku Bacaan Suku Kata Murid Tahap 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran membaca anak-anak.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat digunakan oleh para guru dan ibu bapa. Antaranya ialah:
- Koleksi Nota Padat Peribahasa
- Latihan Sains yang Menarik untuk Prasekolah
- Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5
- Himpunan Buku Cerita Terbaik Kanak-kanak
Untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai jawatan kosong, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang berkualiti, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.