Nota Koleksi Nota Padat Peribahasa

Koleksi Nota Padat Peribahasa

1301

koleksi nota padat peribahasa

Koleksi Nota Padat Peribahasa ini menghimpunkan peribahasa penting beserta maksud, serta nota-nota penting berkaitan dengan penggunaan peribahasa untuk membantu persediaan pelajar dengan peperiksaan Bahasa Melayu.

Setiap banga mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa. Begitu juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang masih digunakan sehingga kini. Pada zaman Melayu lama, peribahasa lebih kerap digunakan pada ketika itu kerana kata-kata di dalam peribahasa mengandungi maksud yang tepat malah kiasannya ibarat agak tajam serta susunan kata yang teratur, ringkas dan padat.

Menurut Za’aba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara seperti:

  • Menghiasi karangan dan percakapan.
  • Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.
  • Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas

Peribahasa merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan karangan Bahasa Melayu. Selain daripada peribahasa, simpulan bahasa, bidalan dan perumpaan akan dapat menjadikan karangan yang bertulis menjadi lebih menarik untuk dibaca.

Kebiasaannya, guru akan memberikan markah lebih jika pelajar memasukkan peribahasa di dalam karangannya. Lebih-lebih lagi peribahasa yang dimasukkan adalah peribahasa yang jarang digunakan. Penggunaan peribahasa akan menunjukkan seorang pelajar itu gemar membaca dan mempunyai banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya.

Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci apabila makna sesuatu peribahasa itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat.

Dapatkan “Koleksi Nota Padat Peribahasa ” di sini


Di sini kami akan berkongsikan bahan ini. Bahan ini boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Pada masa yang sama, boleh digunakan juga oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak menguasai peribahasa dalam penulisan karangan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Koleksi Nota Padat Peribahasa ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan kepada para pelajar dalam menyediakan bahan yang berkualiti dalam membantu proses pembelajaran.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi mengenai bahan pendidikan yang lain seperti:

  1. Latihan Sains yang Menarik untuk Prasekolah
  2. Kuiz Online Bahasa Inggeris Tingkatan 5
  3. Himpunan Buku Cerita Kanak-kanak

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan dan sebagainya serta bagi mendapatkan bahan pendidikan yang berkualiti.