Latihan Sains yang Menarik untuk Prasekolah ini bertujuan bagi memudahkan para guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar serta membantu para ibu bapa yang sedang mencari bahan pendidikan berkualiti untuk anak-anak. Latihan Sains ini juga bertujuan untuk memberikan pengenalan asas kepada murid prasekolah berkenaan dengan mata pelajaran Sains yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.
Prasekolah adalah fasa pengenalan kepada rutin persekolahan kepada anak-anak. Semasa berada di prasekolah, ibu bapa digalakkan untuk bersama-sama dengan para guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk mereka.
Pengenalan Sains kepada Prasekolah
- Mengajar dengan cara praktikal iaitu kanak-kanak prasekolah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Misalnya, bersama-sama melakukan aktiviti sains seperti menanam biji benih untuk melihat pertumbuhannya.
- Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Berikan perhatian kepada perkara yang disukai oleh mereka dan cari atau rancang aktiviti sains yang berkaitan dengan perkara yang diminati oleh mereka.
- Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan peralatan tersebut, jadikannya sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran.
Dapatkan “Latihan Sains yang Menarik untuk Prasekolah” di sini
Bahan ini disediakan bagi memudahkan penyediaan bahan pendidikan oleh para guru. Pada masa yang sama, ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini untuk dijadikan sebagai aktiviti yang berfaedah bersama-sama dengan anak di rumah
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN SAINS UNTUK MURID PRASEKOLAH
Latihan Sains ini sesuai untuk digunakan oleh murid-murid kerana penggunaan gambar yang jelas dalam melabelkan bahagian-bahagian badan dan sebagainya. Penggunaan arahan yang ringkas turut memudahkan murid-murid untuk memahami latihan ini.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat digunakan oleh para guru dan ibu bapa sebagai bahan bantu mengajar. Antaranya ialah:
- Koleksi Latihan Cekap Sifir
- Nota Lengkap Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5
- Himpunan Buku Cerita Menarik Kanak-kanak
Penutup
Akhir kata, kami harap agar perkongsian mengenai Latihan Sains yang Menarik untuk Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa. Pada masa yang sama, kami turut berharap agar bahan ini dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan para pelajar.
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga berkongsi info semasa berkaitan dengan pendidikan dan jawatan kosong kerajaan.