Buku Panduan & Pengurusan Buku Kemahiran Pratulis untuk Mengajar Kanak-kanak Menulis

Buku Kemahiran Pratulis untuk Mengajar Kanak-kanak Menulis

950

 

buku kemahiran pratulis untuk prasekolah

Buku Kemahiran Pratulis untuk Mengajar Kanak-kanak Menulis ini adalah salah satu bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid melakukan latihan menulis.

Buku Pratulis ini adalah salah satu inisiatif dalam membekalkan murid prasekolah dengan bahan-bahan pendidikan yang dapat membantu dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak di awal usia mereka. Di dalam buku ini, latihan-latihan yang disediakan adalah mudah untuk murid lakukan seperti menyurih garisan. Setelah murid menguasai latihan surih garisan, mereka akan melakukan latihan menyurih yang dapat membantu mereka menulis dengan baik.

Aktiviti pratulis dapat membantu dalam merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak. Hal ini kerana aktiviti menulis dan mewarna memerlukan kanak-kanak untuk memegang pensel dan pensel warna dengan betul. Cengkaman mereka adalah bagi membantu otot-otot kecil di bahagian jari mereka berlatih memegang sesuatu.

Aktiviti ini juga dapat membantu mereka mengekalkan tahap fokus kerana mereka perlu memberikan perhatian dalam menyurih garisan-garisan perkataan di dalam latihan.

Dapatkan “Buku Kemahiran Pratulis” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang dapat membantu para guru menyediakan bahan bantu mengajar kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan semasa berada di rumah ketika cuti persekolah berlangsung.

Sila muat turun bahan mengikut pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Buku Kemahiran Pratulis bagi kanak-kanak Prasekolah

Penutup

Kesimpulannya, buku ini adalah bagi mengajar kanak-kanak di awal usia untuk berlatih menulis, memegang pensil dan sebagainya. Aktiviti menulis dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada kanak-kanak samaada dari segi fizikal serta tahap kreativiti mereka.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Kemahiran Pratulis untuk Mengajar Kanak-kanak Menulis ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu perkembangan pendidikan murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat melatih murid prasekolah untuk menghasilkan tulisan yang mudah difahami dan senang untuk dibaca.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengena informasi terkini mengenai isu-isu semasa serta pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.