Modul Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira

Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira

2287

 

modul matematik prasekolah: buah, bentuk dan kira

Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira ini adalah bertujuan bagi mengajarkan murid prasekolah berkenaan dengan asas mengira semasa di awal usia kanak-kanak.

Aktiviti mengira adalah salah satu asas bagi murid-murid mendalami mata pelajaran Matematik sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Pelajaran Matematik yang dilakukan di prasekolah tidak semestinya untuk menjadikan suasana kelas bosan dan tidak interaktif. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru-guru menjadikan suasana pembelajaran menjadi menarik dan interaktif.

Antaranya ialah, guru-guru boleh menggunakan objek yang sebenar untuk menunjukkan proses mengira dilakukan. Misalnya, guru meletakkan 5 bauh epal, 3 buah oren dan 4 buah manggis. Lalu, minta murid untuk mengasingkan buah-buahan di atas meja kepada kategori yang tersendiri. Pilih murid secara rawak dan minta mereka untuk mengira buah-buahan di dalam kategori yang berbeza.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadikan suasana di rumah sebagai salah satu medan pembelajaran. Sediakan beberapa bola yang mempunyai pelbagai jenis warna dan minta anak-anak untuk mengira dan mengasingkan bola tersebut mengikut kategori.

Dapatkan “Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira” di sini


Di sini kami kongsikan modul yang dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan modul ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Matematik Prasekolah: – Buah, Bentuk dan Kira

Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah dan cara bagi membantu murid meminati dan menguasai Matemati di awal usia. Memupuk minat di awal usia adalah penting bagi menanamkan pandangan yang positif terhadap Matematik walaupun terdapat soalan yang sukar untuk dijawab.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Matematik Prasekolah – Buah, Bentuk dan Kira ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu murid dan anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Pada masa yang sama, diharapkan agar perkongsian ini dapat membantu murid-murid memahami konsep asas Matematik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu murid prasekolah. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.