Aktiviti Prasekolah: Mengenali Nombor 1 Hingga 10 ini merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan oleh para guru untuk mengajar kanak-kanak prasekolah atau digunakan oleh ibu bapa sebagai inisiatif sendiri untuk memberikan latihan semasa di rumah.
Mengenali asas nombor adalah langkah pertama dalam mempelajari Matematik. Mata pelajaran Matematik adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah, aktiviti menabung, aktiviti jual beli semasa membeli belah, melihat kepada waktu pada jam dan sebagainya.
Antara kepentingan dan peranan matematik yang lain adalah:
- Memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran membanding, membuat turutan, menyukat, graf dan operasi nombor.
- Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai asas matematik.
- Meningkatkan sesuatu kemahiran, seperti kemahiran berfikir.
- Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka untuk mengkaji.
- Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
- Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea dunia yang lebih abstrak.
Dapatkan “Aktiviti Prasekolah: Mengenali Nombor 1-10” di sini
Di sini kami kongsikan bahan yang dapat membantu murid prasekolah mengenali asas nombor (angka 1-10). Bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar para guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan ketika waktu lapang bersama-sama anak-anak.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Mengenal Nombor 11 Hingga 20
Kesimpulannya, pendidikan kanak-kanak prasekolah perlulah diambil perhatian agar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta dalam proses pembesaran. Pendidikan di awal usia adalah penting dalam merangsang minda serta kemahiran asas bagi membantu pembesaran yang baik kanak-kanak.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Prasekolah: Mengenali Nombor 1 Hingga 10 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap bahan ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah mendapatkan pendidikan yang secukupnya.
Sebelum ini kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:
- 300 Nota Suku Kata Menarik untuk Prasekolah
- Buku Aktiviti Bahasa Melayu untuk Murid Prasekolah
- Buku Kemahiran Pratulis untuk Mengajar Kanak-kanak Menulis
- Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira
Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.