Buku Panduan & Pengurusan BUKU PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2022/2023

BUKU PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2022/2023

2214

Apakah yang dimaksudkan dengan kokurikulum sekolah? Ia adalah sebuah kegiatan atau aktiviti yang dirancang dari proses pengajaran dan dijalankan atau dilaksanakan di luar bilik darjah. Kegiatan ini membuka peluang kepada pelajar untuk menambah, menguatkan dan mengamalkan kemahiran serta nilai-nilai yang telah dipelajari semasa dalam bilik darjah.

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. Ini termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000.

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan juga hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

Berikut admin kongsikan BUKU PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2022/2023 untuk kemudahan para guru dan pelajar dalam mengatur dan menjayakan lagi aktiviti kokurikulum di sekolah.

Semoga dengan perkongsian BUKU PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2022/2023  ini dapat membantu memudahkan urusan para pendidik, ibu bapa dan juga pelajar dalam usaha memartabatkan lagi pendidikan serta mencapat kejayaan bersama.

MUAT TURUN SEKARANG :