Buku Panduan & Pengurusan PERATURAN MSSM 2022

PERATURAN MSSM 2022

141

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM ditubuhkan pada 3 Mac 1958 dengan nama asal, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui sebuah mesyuarat yang telah dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri.

Namun, pada tahun 1968, nama tersebut telah ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti sukan di sekolah-sekolah dengan penganjuran pertandingan sukan serta program-program bersesuaian yang berkaitan.

Objektif MSSM adalah untuk menggalakkan, memajukan serta memelihara dan mengatur aktiviti-aktivti sukan di sekolah-sekolah di Malaysia supaya ia dapat berkembang hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan akhirnya antarabangsa.

Ada pelbagai jenis acara sukan yang dipertandingkan mengikut peringkat umur untuk kategori lelaki dan perempuan. Ada ketegori umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Antara sukan-sukan yang dipertandingkan adalah :

  • Olahraga
  • Akuatik
  • Badminton
  • Bola baling
  • Bola jaring
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Boling
  • Catur
  • Gimnastik artistik
  • Gimnastik berirama
  • Golf
  • Hoki
  • Kapal layar
  • Kriket
  • Memanah
  • Merentas desa
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Skuash
  • Softbol
  • Tenis
  • Wusyu

Di sini, admin kongsikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam MSSM untuk rujukan para guru dan ibu bapa serta pelajar untuk persiapan yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian PERATURAN MSSM 2022 ini dapat membantu memudahkan urusan para pendidik, ibu bapa dan juga pelajar dalam usaha memartabatkan lagi pendidikan serta mencapat kejayaan bersama.

MUAT TURUN SEKARANG :