Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2021 yang dikongsikan kali ini adalah bagi kegunaan pihak pentadbiran sekolah yang mempunyai kelas Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah mereka.
Contents
Info Pendidikan Khas
Merujuk kepada Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) yang telah digubal pada tahun 2013, Pendidikan Khas membawa maksud pendidikan untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas pada semua peringkat sekolah termasuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan Khas ini hanyalah tertumpu kepada sesetengah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Tidak semua sekolah melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini.
Kita tidak boleh sewenang-wenang menentukan seorang murid itu kategori berkeperluan khas atau tidak. Untuk memastikan seorang murid tergolong dalam kategori murid berkeperluan khas, mereka haruslah diperakui oleh pegawai perubatan, ahli psikologi atau audiologi serta ahli optik atau mana-mana berkenaan tidak kira dari hospital kerajaan mahupun swasta.
Antara ciri murid berkeperluan khas ialah:-
- Kurang upaya dari segi penglihatan
- Ketidakupayaan mendengar
- Tidak boleh bertutur
- Kurang upaya fizikal
- Masalah pembelajaran seperti lembam
Dapatkan “Buku Pengurusan PPKI 2021” di sini
Di sini admin ingin kongsikan Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk kegunaan guru pendidikan khas. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’
Download :
- Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 2021
Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Lazimnya, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru pendidikan khas perlu memastikan semua murid tergolong dalam kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK). Guru boleh merujuk Buku Garis Panduan Pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2014.
Antara kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)
- Mengalami masalah penglihatan atau buta
- Ketidakupayaan pendengaran atau pekak atau mempunyai masalah pendengaran
- Terdapat empat peringkat untuk kategori ini (Ringan, Sederhana, Teruk dan Sangat Teruk)
- Tidak boleh bertutur
- Terdapat empat masalah tertutur iaitu mengalami masalah sebutan, gagap, masalah suara dan masalah bahasa)
- Kurang upaya dari segi fizikal
- Tiada anggota badan atau kehilangan anggota badan
- Contoh : Limb defects, Stroke, Kerdil dan sebagainya
- Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan neurologi
- Contoh : Disleksia, Slow Learner, Autisme, Sindrom Down
Prosedur Membuka Program Pendidikan Khas Integrasi
Sebelum melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah, pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran perlu mengambil kira pelbagai aspek secara menyeluruh dan bersedia melaksanakan program ini.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira seperti disenaraikan di bawah adalah untuk memastikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dapat dilaksanakan dengan baik dan terurus.
- Permohonan ibubapa/penjaga
- Jangkaan murid
- Keperluan guru pendidikan khas
- Infrastruktur sekolah/ kelas
- Alat mengajar dan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Perkongsian Bersama
Diharapkan dengan perkongsian kami berkenaan Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini dapat digunakan sebaiknya oleh guru pendidikan khas dan diharapkan guru-guru semua memberi keprihatinan yang lebih terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini kerana mereka juga berhak mendapatkan keperluan pendidikan yang terbaik.
Kami juga ada kongsikan pelbagai bahan berkenaan Pendidikan Khas Integrasi seperti Himpunan DSKP KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Templat myPortfolio Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Panduan Festival Nasyid Pendidikan Khas.
Kami juga berkongsi artikel Pelajar Pendidikan Khas, Terpinggirkah Mereka? mengulas tentang nasib Murid Berkeperluan Khas (MBK) semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan sepanjang tempoh PKP. Pelbagai lagi informasi terkini dan menarik boleh dibaca di laman web kami Sistem Guru Online.