Senarai Semak Fail Kokurikulum merupakan satu kemudahan bagi para guru sekalian. Terutamanya bagi guru-guru penasihat kokurikulum sesebuah unit beruniform/ sukan permainan atau kelab persatuan sesebuah sekolah.
Para guru penasihat tidak perlu untuk risau lagi. Hal ini kerana, dengan adanya senarai semak ini mereka tidak perlu risau jika terdapat fail-fail yang tidak lengkap untuk kelab-kelab yang mereka ditanggungjawabkan. Dengan adanya senarai semak ini, para guru juga boleh memberikan tugas kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kelab masing-masing untuk membantu mereka. Ini kerana, senarai semak ini dapat dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi mengelakkan berlakunya kesalahan.
Contents
Isi Senarai Semak Fail
Surat permohonan ini amat penting. Kerana kelab/permainan atau unit beruniform memerlukan kelulusan penubuhan untuk beroperasi. Tanpa pengesahan daripada guru besar atau pengetua maka badan kokurikulum tersebut tidak akan diiktiraf. Apabila sudah mendapatkan kelulusan, maka sesebuah organisasi kokurikulum tersebut perlu menyimpan surat kelulusan tersebut. Pemilihan guru penasihat juga memerlukan surat pelantikan organisasi tersebut. Perlunya surat ini adalah kerana untuk memberikan kuasa penyeliaan dan penglolaan kepada guru tersebut. Inilah isi kandungan senarai semak fail yang utama dan amat penting di dalam sebuah organisasi kokurikulum.
Senarai semak fail ini juga mempunyai minit mesyuarat agung dan minit-minit mesyuarat yang diadakan serta perlembagaan yang disahkan oleh pengetua atau guru besar sekolah. Senarai ahli jawatankuasa dan perancangan aktiviti asas untuk tahun tersebut juga ada. Hal yang berkaitan dengan kewangan seperti belanjawan organisasi, surat kebenaran mengutip bayaran keahlian kelab ataupun surat kelulusan mengutip derma. Selain itu, surat-surat pekeliling yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah juga ada.
Disamping itu, terdapat juga senarai semak bagi laporan setiap aktiviti seperti laporan perjumpaan mingguan, senarai kehadiran pelajar, kertas kerja setiap program atau aktiviti yang dianjurkan oleh kelab. Dokumen pencapaian cemerlang setiap ahli dan sampel-sampel sijil juga disediakan.
Dapatkan Senarai Semak Fail Kokurikulum di sini
Di sini admin nak kongsikan senarai semak fail tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Senarai Semak Fail Kokurikulum
Kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan Dokumen Pengurusan Kokurikulum.
Kelebihan Senarai Semak
Mudah Dibuat; senarai semak mudah dibuat kerana sesiapa sahaja boleh mencipta senarai semak mereka sendiri. Untuk senarai semak fail kokurikulum ini, guru boleh menyediakan senarai semak tersebut atau memberikan arahan kepada setiausaha. Terdapat juga contoh senarai semak fail di internet yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Senarai Semak Menjadi Objektif; senarai semak harus memberi hasil yang sama tanpa mengira siapa ahli yang mengisi mereka. Ini amat berguna dalam proses yang bersifat subjektif sebagai pendidikan.
Kelebihan Aktiviti Kokurikulum
Kelebihan aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran tentang sesuatu bidang yang disertai. Contohnya, dengan menyertal aktiviti unit beruniform kadet polis, pelajar akan mengetahui tentang bidang pekerjaan sebagai anggota polis. Jika pelajar menyertai perkhemahan unit beruniform pula, pelajar dapat pengalaman tentang bermalam dalam khemah dan aktiviti berkhemah di hutan.
Pelajar juga dapat membentuk disiplin diri. Pembentukan disiplin diri ini amat penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi biasanya akan berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga membolehkan pelajar memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Amalan nilai-nilai murni ini akan membolehkan pelajar menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.