Buku Panduan & Pengurusan Set Lengkap Panitia Mata Pelajaran

Set Lengkap Panitia Mata Pelajaran

1692

SET LENGKAP PANITIA MATA PELAJARAN

Set Lengkap Panitia Mata Pelajaran ini mengandungi keseluruhan keperluan setiap guru panitia. Set ini merangkumi keperluan yang boleh diguna pakai oleh setiap panitia bagi semua subjek di sekolah-sekolah.

Set ini mengandungi kompilasi-kompilasi berikut:

  1. Perancangan aktiviti tahunan panitia,
  2. Perancangan strategik panitia,
  3. Bahan Professional Learning Community (PLC),
  4. Kertas kerja minggu panitia,
  5. Minit mesyuarat panitia, dan
  6. Senarai semak fail panitia.

Perancangan Aktiviti Panitia

Perancangan aktiviti panitia merupakan satu perancangan berkenaan program, bengkel, kelas khas, dan sebagainya yang akan dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan. Lazimnya ketua panitia bersana ahli-ahlinya akan merancang aktiviti ini secara tahunan pada setiap kali pembukaan sekolah bermula.

Aktiviti setiap panitia bagi setiap mata pelajaran adalah berbeza-beza mengikut keperluan akademik mata pelajaran tertentu. Antara aktivti panitia yang biasanya dijalankan sepanjang tahun ialah program Bulan Bahasa, program Koakademik Matematik peringkat negeri, program teknik menjawab soalan, program kelas intensif, pengajaran dan pembelajaran alam maya serta lain-lain lagi. Guru-guru boleh dapatkan kompilasi perancangan aktiviti tahunan panitia bagi semua mata pelajaran melalui pautan ini:

  • Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran

Perancangan Strategik Panitia

Perancangan Strategik Panitia ini pula merupakan satu pelan yang mengandungi visi dan misi dalam mencapai kemajuan dan kejayaan bagi sesebuah mata pelajaran. Perancangan ini mempunyai penetapan indikator prestasi sebagai sasaran matlamatnya, contohnya 70% pencapaian A dan 100% lulus minimum C bagi subjek Bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, pelbagai strategi dalam memperkasa sesebuah subjek ini perlu dirancangkan lebih awal dengan penuh komited dan komprehensif. Berikut merupakan kompilasi perancangan strategik panitia bagi setiap mata pelajaran yang boleh anda rujuk:

  • Kompilasi Perancangan Strategik Aktiviti Panitia Mata Pelajaran.

Bahan Proffesional Learning Community (PLC)

Proffesional Learning Community (PLC) menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif di antara para guru untuk menambah baik kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah. PLC ini boleh dimasukkan ke dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) para guru dan perlu didaftarkan di laman e-SPLGKPM. Terdapat enam strategi asas yang boleh diguna pakai dalam PLC ini, antaranya ialah Lesson Study, Peer Coaching, Teacher Sharing Session, Learning Walks, Video Critiques, dan Data Analysis. Bahan-bahan PLC ini boleh digunakan baik dalam perancangan aktiviti panitia, mahupun perancangan strategik panitia. Anda boleh dapatkan huraian lebih lanjut mengenai PLC ini dan bahan-bahannya di pautan berikut:

  • Kompilasi Bahan-bahan Professional Learning Community (PLC)

Kertas Kerja Minggu Panitia

Kertas Kerja Minggu Panitia ini merupakan kertas kerja yang dilakukan dalam merangka sesebuah program Minggu Panitia bagi mana-mana mata pelajaran tertentu yang lazimnya dilaksanakan sepanjang lima hari persekolahan. Kandungan kertas kerja ini terdiri daripada pendahuluan, rasional, tema, matlamat program, objektif program, cadangan tarikh dan masa, tempat, perasmian pembukaan, kumpulan sasaran, bajet kewangan, organisasi, senarai tugas, tentatif program, dan akhir sekali penutup. Anda boleh merujuk panduan lengkap kertas kerja ini menerusi pautan berikut:

  • Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia

Minit Mesyuarat Panitia

Minit mesyuarat panitia merujuk kepada dokumentasi rekod mesyuarat-mesyuarat panitia bagi sesuatu mata pelajaran dari semasa ke semasa. Lazimnya, minit mesyuarat ini terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama hingga minit mesyuarat kali keempat dalam satu tahun. Minit mesyuarat panitia ini bagi setiap sesi ini begitu penting untuk dijadikan rujukan mesyuarat seterusnya di masa akan datang. Berikut merupakan kompilasi minit mesyuarat panitia bagi setiap mata pelajaran yang boleh anda rujuk:

  • Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

Senarai Semak Fail Panitia

Senarai semak fail panitia merupakan senarai keseluruhan kandungan yang perlu ada dalam sesebuah penyediaan fail panitia. Perkara yang perlu diambil maklum berkenaan penyediaan fail panitia ini ialah senarai nama fail, senarai kandungan, dan jenis fail yang perlu digunakan. Anda boleh rujuk kesemua huraiaan perkara-perkara ini dengan lebih terperinci melalui pautan di bawah:

  • Senarai Semak Fail Panitia

Diharapkan perkongsian Set Lengkap Panitia Mata Pelajaran ini dapat membantu guru-guru panitia khususnya dalam memudahkan pekerjaan dan perancangan yang perlu digalas dari masa ke masa.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian lain berkenaan isu semasa, hebahan jawatan kosong, bantuan-bantuan kerajaan terkini di laman rasmi Sistem Guru Online.