Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Perancagan dan Memohon Dana Pinjaman Mara bagi Perniagaan Ternakan Lembu Secara Fidlot?Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Contents
Penulisan Contoh Kertas Kerja Projek
Pengenalan
MJ Fatonah Enterprise adalah sebuah syarikat penternakan bumiputera yang menjalankan
projek perternakan lembu fidlot secara komersial. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise mendapat didikan, nasihat dan tunjuk ajar dari Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program latihannya. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise juga mendapat perhatian HS Nada Sdn Bhd dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal.
Operasi Syarikat:
1. Menternak lembu fidlot secara komersial.
2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik
ladang-ladang sawit berhampiran.
2. Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
3. Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke
tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
4. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
5. Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
6. Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
7. Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
Trend Pasaran:
Bekalan daging tempatan masih ditahap yang amat rendah, iaitu 18% dari keperluan daging seluruhnya. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menjadi penternak berjaya di Malaysia dan menambah peratusan bekalan daging segar tempatan. Harapan MJ Fatonah Enterprise untuk membantu saudara-saudara Islam mendapatkan daging yang halal, berkualiti dan bebas dari sebarang penyakit. Memaksimakan pengeluaran ternakan dari jualan hidup, daging segar, hasilan daging dan juga tinjanya.
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Perancagan dan Memohon Dana Pinjaman Mara bagi Perniagaan Ternakan Lembu Secara Fidlot” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download disini Contoh Kertas Kerja Perancagan dan Memohon Dana Pinjaman Mara bagi Perniagaan Ternakan Lembu Secara Fidlot
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.