Adakah anda sedang mencari Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Penternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar? Jika ya, ini bermakna anda berada di tempat yang betul. Kami akan bantu anda untuk menyiapkan satu kertas kerja terbaik untuk anda membuat pinjaman perniagaan, membuka cawangan perniagaan, dan pelbagai lagi tujuan sama ada untuk belajar atau untuk perniagaan sebenar.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi, mari lihat Contoh Terbaik Kertas Kerja Perniagaan ini.
Contents
Penulisan Contoh Kertas Kerja Projek
Ringkasan Eksekutif
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Melulus Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi permohonan bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) untuk Projek Penternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar (Perikanan) di Kampung To’Uban, Pasir Mas, Kelantan.
Projek ini adalah diusahakan secara individu dan keluarga di dalam sangkar di Sungai To’Uban. Kami memiliki 21 buah sangkar ikan yang masing-masing berukuran 20’’ x 20’’. Setiap sangkar mampu menampung sebanyak 10,000 ribu ekor ikan pada satu masa. Antara jenis ikan yang ada sekarang ialah ikan keli, tilapia, patin, lampan dan bawal. Kami juga cuba untuk mengembangkan lagi ptrojek ini dengan membuat pembenihan sendiri ikan seperti keli dan tilapia. Projek ini mendapat permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pengusaha restoren serta kedai runcit di kampung sekitar. Namun, buat masa kini kami seringkali berdepan masalah kekurangan produk untuk dipasarkan disebabkan masalah proses membuat makanan ikan, terutamanya pada musim tengkujuh kerana ketiadaan bahan bakar untuk membuat makanan ikan. Kami menyedari projek ini memerlukan penambahbaikan dari segi menggunakan peralatan yang lebih canggih bagi meningkatkan produk untuk dijual setiap bulan dan menggalakan lagi perniagaan setiap bulan.
Justeru itu kami menyediakan Rancangan Perniagaan AET 2017 ini untuk memohon bantuan sebanyak RM 14,920.00 bagi membolehkan pemohon mengembangkan perniagaan dan akan dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi masyarakat sekitar dan membuka ruang pekerjaan kepada mereka.
Rancangan Organisasi/ Pentadbiran
- Projek ini diuruskan secara individu dan keluarga
- Visi: Menjadikan projek penternakan ikan air tawar sangkar Sungai To’Uban sebagai salah satu pembekal ikan air tawar di seluruh Malaysia.
- Misi: Membekalkan ikan air tawar yang berkualiti dan segar ke seluruh Malaysia serta memberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra pelanggan.
- Objektif:
- Memenuhi permintaan bekalan ikan yang segar dan berkualiti untuk pasaran tempatan dan luar negeri
- Membuat benih ikan keli dan talapia yang berkualiti untuk pasaran tempatan.
- Menyediakan bekalan makanan ikan yang mencukupi untuk menjamin kualiti dan kesegaran ikan.
Dapatkan “Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Penternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download : Link Download disini Contoh Terbaik Kertas Kerja Projek Penternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar
Nota : Anda akan dibawa ke website premium di tcerfiles.com. Download files ini disana secara percuma.