Buku Panduan & Pengurusan DOWLOAD PERCUMA BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF)

DOWLOAD PERCUMA BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF)

1185

DOWLOAD PERCUMA BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF). Buku pengurusan disiplin merupakan satu kepentingan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman mengenai disiplin kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui penetapan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan buku pengurusan disiplin bagi memudahkan guru menjalankan tugas menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan BUKU PENGURUSAN DISIPLIN , anda boleh merujuk dibawah.

DOWLOAD PERCUMA BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF)

Khas kepada guru yang memerlukan bahan pengajaran mengenai bab disiplin dan pelaksanaan disiplin di sekolah, kami menyediakan kepada anda BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF).

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

BUKU PENGURUSAN DISIPLIN KHAS KEPADA GURU(PDF)

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah

Masalah tentang disiplin pelajar kerap diketengahkan dalam surat khabar dan televisyen. Isu disiplin pelajar ini kerap diperkatakan kerana masalah disiplin pelajar didapati telah meningkat dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, masalah disiplin pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah. Guru boleh mengambil inisiatif untuk menghadapi masalah disiplin pelajar ,terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar di sekolah.

Ponteng kelas

Antara kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar di sekolah ialah ponteng kelas. Pelajar yang selalu ponteng kelas ini adalah pelajar yang tidak berminat untuk belajar. Pelajar ini datang ke sekolah kerana takut dimarahi ibu bapa mereka.

Solusi:

Guru boleh memanggil murid yang bermasalah ke bilik kaunseling. Cuba bawa pendekatan baharu melalui kasih sayang, kadang murid yang banyak melakukan masalah adalah kerana kurang kasih sayang dan perhatian. Bina minat belajar dalam diri mereka biarkan mereka merasa seronok dengan suasana sekolah.

Vandalisme

Selain itu, perbuatan vandalisme pula sering dilakukan oleh pelajar yang bermasalah. Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam termasuklah harta benda sekolah. Antara harta benda sekolah yang selalu menjadi mangsa vandalisme ialah alatan dalam tandas dan alatan dalam kelas.

Solusi:

Guru boleh melarang keras dan mengadakan kempen banteras budaya vandalisme di sekolah. Melalui pengamatan program benci budaya vandalisme akan menerapkan dalam diri seseorang pelajar berpandangan dengan nilai-nilai murni. Dalam masa yang sama, bina pemantaun yang kemas untuk memantau murid-murid yang nakal melalui kerjasama antara murid dan guru.

Budaya Merokok

Di samping itu, perbuatan merokok dalam kawasan sekolah juga merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Kawasan yang sering menjadi tempat pelajar merokok ialah di dalam tandas atau di tempat yang tersembunyi.

solusi:

Guru boleh menangkap mereka yang merokok. Murid yang merokok ini wajar diberi perhatian daripada ibu bapa dan guru ini adalah kerana melalui merokok akan membawa kepada beberapa perkara yang tidak elok oleh murid. Kesalahan merokok boleh diambil tindakan tegas dengan memasukkan mereka ke kelas pemulihan, denda dan digantung sekolah. Selain itu, guru perlu mengadakan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kesalahan rokok agar ia tidak melarat ke arah lebih buruk. Merokok merosakkan kesihatan dan punca masalah sosial.

Kesimpulannya, guru dan ibu bapa perlulah bergerak seiring dalam menghadapi masalah disiplin anak. Isu disiplin anak adalah tanggungjawab bersama.