Buku Panduan & Pengurusan HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023) PERCUMA!

[LENGKAP] HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023) PERCUMA!

1045

HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023) PERCUMA!. DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran ialah salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun.

Melalui DSKP, guru akan sarankan merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber oleh guru. Guru juga digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Melalui penetapan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan kaedah dan beberapa standard bagi memudahkan pembelajaran yang bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan  HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023), anda boleh merujuk dibawah.

HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023) PERCUMA!

Khas kepada guru yang memerlukan bahan dalam pengajaran , kami menyediakan kepada anda HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023).

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

HIMPUNAN DSKP KSSM TINGKATAN 4 DAN 5 (2022/2023)

 BAHASA MELAYU  

 BAHASA INGGERIS  

 MATEMATIK 

 SAINS 

 SEJARAH  

 PENDIDIKAN ISLAM  

 PENDIDIKAN MORAL  

 PENDIDIKAN JASMANI  

 GEOGRAFI  

 FIZIK  

 KIMIA  

 BIOLOGI  

 LUKISAN KEJURUTERAAN  

 AL QURAN DAN SUNNAH  

 KEJURUTERAAN AWAM  

 KEJURUTERAAN MEKANIKAL  

 PENDIDIKAN MUZIK  

 BAHASA ARAB  

 BAHASA CINA  

 PENGAJIAN KEUSAHAWANAN  

 MATEMATIK TAMBAHAN  

 SAINS  

 TASSAWUR ISLAM

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Kepentingan DSKP Di Dalam Pengajaran Di Sekolah

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) merupakan tugas wajib seorang guru dalam melaksanakan cara-cara pengajaran setiapkali musim persekolahan bermula di awal tahu. Kepentingan DSKP akan membantu guru mengajar lebih mempunyai strategi dan sistematik.

Tugas guru mendidik perlulah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu,Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membina satu daya kepada pelajar agar dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu dari pelbagai kemahiran antaranya ialah  kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme dan lain-lain.

Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard penting dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi:

  1. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  2. Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
  3. Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

Guru Perlu Mengikut Kebaikan Standard KPM Untuk Memastikan Keberhasilan Pengajaran

Guru-guru boleh mematuhi atau merujuk kepada penetapan KPM. Dalam usaha untuk menyeragamkan sistem pendidikan negara, guru-guru di Malaysia perlulah duduk dibawah satu bumbung agar target pencapaian akademik negara tercapai dan dapat melahirkan produk modal insan yang berjaya kepada masyarakat. Usaha guru-guru adalah usaha murni untuk membangunkan insan dan negara.