Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

794

DOWNLOAD MODUL LATIHAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH BAGI GURU.Modul latihan merupakan satu keperluan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan sukan Bola Tampar Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Sukan Bola Tampar

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan.Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata akan dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.

Perkembangan Sukan Bola Tampar Di Malaysia

Pada awal tahun 1930-an pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Pada ketika itu,perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina( Chinese Athletics Association ) mengikut negeri masing-masing .

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association ( kini dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia – MAVA )telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang.MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia ( OCM ) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball-FIVB) pada tahun 1962.MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan menaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang ,Perak ,Selangor dan Pahang.

Undang-Undang Sukan Bola Tampar

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola  Tampar  Amatur  Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis  Sukan  Sekolah-sekolah  Malaysia  (MSSM).  Antara undang-undang asas  permainan bola tampar adalah seperti  berikut:

  1. Pertandingan  bola  tampar  diadili  oleh  dua  orang  pengadil,  iaitu  pengadil  pertama  dan  pengadil  kedua.
  2. Setiap  pasukan  perlu  terdiri  daripada  sekurang-kurangnya  enam  orang  pemain  dan  tidak  melebihi  12  orang  pemain  yang  berdaftar.
  3. Servis  hanya  boleh  dilaksanakan  selepas  pengadil  pertama  meniup  wisel.
  4. Servis  perlu  dilakukan  oleh  setiap  pemain  mengikut  giliran  yang  sah.
  5. Pemain  yang  melakukan  servis  tidak  dibenarkan  memijak  garisan  belakang.
  6. Setiap  pemain  boleh  menyentuh  bola  sekali  sahaja.  Pemain  boleh  menyentuh  bola  dengan  mana-mana  bahagian  badan.
  7. Setiap  pasukan  hanya  boleh  menyentuh  atau  memainkan  bola  dengan  tiga  sentuhan  sebelum  menghantar  ke  gelanggang  pihak  lawan.  Pengiraan  ini  tidak  termasuk  sentuhan  bagi  mengadang.
  8. Mengadang  hanya  boleh  dilakukan  oleh  pemain  barisan  hadapan.
  9. Pemain  barisan  belakang  boleh  melakukan  rejaman  tetapi  dari  luar  kawasan  serangan.
  10. Pemain  dilarang  menyentuh  mana-mana  bahagian  jaring  atau  memasuki  kawasan  pihak  lawan.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Bola Tampar bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Bola Tampar Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.